Site icon Travel Blogger Malaysia

Emirates Melancarkan Promosi Tambang Murah Matta Fair

Rakyat Malaysia boleh mula menikmati promosi tambang murah penerbangan Emirates ke seluruh rangkaian destinasi syarikat penerbangan terbaik ini apabila mereka membuat tempahan dari 4 – 20 Mac 2016 untuk perjalanan antara 15 Mac – 7 Dis 2016 tahun ini.
 
Promosi Promosi Tambang Murah Emirates ini termasuk semua tambang Kelas Ekonomi ke Australia dan New Zealand bermula dengan harga RM1,678, RM2,018 ke Timur Tengah, RM2,308 untuk Eropah, RM2,648 untuk United Kingdom dan Ireland serta RM3,928 bagi Amerika.

Tiket Murah Emirates

Tiket Murah Emirates Matta Fair

Untuk promosi tambang kelas perniagaan bermula dari harga RM5,988 ke Timur Tengah, RM6,288 ke Australia dan New Zealand, RM9,448 ke Eropah, RM10,168 ke United Kingdom dan Ireland serta RM16,368 ke Amerika.
 
Tambang ini boleh anda dapati semasa kempen promosi MATTA Fair 11 – 13 mac 2016 akan datang di PWTC, Kuala Lumpur.
 
“Kami gembira untuk mengumumkan bahawa ini tawaran Promosi Tambang Murah terbaru yang akan menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia untuk memulakan pengalaman perjalanan Emirates dalam perjalanan ke pelbagai destinasi termasuk London, Paris, New York dan Melbourne. Mereka juga boleh melakukan perjalanan menggunakan Emirates A380 Airbus terbaru dari Kuala Lumpur ke Dubai,” kata Andrew Bunn, Pengurus Negara, Singapura, Malaysia dan Brunei.

Economy Class Emirates

 
“Kami mengalu-alukan kerjasama yang berterusan dengan rakan industri pengembaraan kami di MATTA Fair 2016 yang merupakan platform yang hebat untuk mendekati pelanggan baru dan pelanggan sedia ada,” katanya.
 
Di dalam Onboard Emirates, pelanggan boleh menantikan untuk lebih 2,000 saluran ICE, sistem hiburan dalam penerbangan Emirates’, dan menggunakan WiFi di atas penerbangan secara percuma di dalam pesawat terpilih.
 
Keluarga dengan penumpang anak kecil juga akan mendapat makanan khas, mainan dan saluran kanak-kanak khas disediakan untuk keselesaan anak-anak supaya dilayan sepanjang perjalanan.
 
Untuk membuat tempahan dan maklumat lanjut, hubungi ejen yang mengambil bahagian Emirates atau melawat www.emirates.com/my*.
 
* Tertakluk Kepada Terma dan Syarat

Exit mobile version