Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Emirates Syarikat Penerbangan Rasmi untuk MATTA Fair 2016

Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan Emirates dengan rasminya mengumumkan bahawa penerbangan Emirates Syarikat Penerbangan Rasmi Untuk MATTA Fair 2016. Dengan kerjasama ini, rakyat Malaysia akan dapat menikmati tambang murah dan hebat ke atas semua penerbangan Emirates dari seluruh rangkaian destinasi yang luas semasa tempoh promosi MATTA Fair 2016 yang berlangsung dari 2 hingga 4 September 2016 nanti.

Tambang ini, yang meliputi destinasi popular di Eropah, Amerika, dan Timur Tengah ditawarkan sempena penyertaan Emirates ‘sebagai Syarikat Penerbangan Rakan Rasmi di MATTA Fair tahun ini. Tempahan perlu dibuat antara 26 Ogos 2016 dan 12 September 2016 bagi perjalanan antara 2 September 2016 dan 31 Mac 2017.

Baca : Pakej Pelancongan Murah Tiket Penerbangan Matta Fair 2016

 



 

Emirates Syarikat Penerbangan Rasmi untuk MATTA Fair 2016

tambang murah emirates matta fair
 

Promosi ini termasuk semua tambang Kelas Ekonomi bermula dari RM2,299 ke United Kingdom, RM2,679 ke Ireland, RM2,339 ke Eropah, RM2,199 ke Timur Tengah dan RM3,929 ke Amerika. Harga tambang kelas perniagaan bermula dari RM10,409 ke United Kingdom, RM10,639 ke Ireland, RM8,839 ke Eropah, RM6,739 ke Timur Tengah dan RM12,779 ke Amerika.

“Kami amat berbesar hati untuk menyediakan promosi tambang murah Emirates kepada rakyat Malaysia dengan lebih banyak peluang untuk pengalaman pelancongan bertaraf dunia di seluruh dunia pada harga yang sangat menarik. Tahun ini menandakan tahun ke-20 Emirates di Malaysia, satu peristiwa penting seperti yang kita terus komited kepada pasaran dinamik ini melalui kerjasama dengan industri tempatan seperti MATTA. Pameran ini adalah satu platform yang baik bagi kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami dan juga mendekati potensi pelanggan yang baru,” kata Andrew Bunn, Country Manager Singapura, Malaysia dan Brunei syarikat penerbangan Emirates.

Presiden MATTA, Datuk Haji Hamzah Rahmat menambah, “Kami gembira untuk mempunyai Emirates sebagai Syarikat Penerbangan Rakan Rasmi bagi tahun ini dan kami ingin mengucapkan terima kasih atas komitmen mereka untuk MATTA Fair. Promosi tahun ini adalah sesuatu yang menarik dan kami berharap melalui perkongsian ini kita dapat menarik lebih ramai pengunjung hadir sebagaimana yang akan ada pelbagai pilihan perjalanan untuk dipilih tahun ini.”

 

 

promosi tiket emirates matta fair promosi tiket emirates matta fair promosi tiket emirates matta fair

 

Dalam penerbangan Emirates, penumpang boleh menikmati masakan terbaik, rangkaian hiburan TV, Radio dan Games dan paling terbaru boleh menggunakan WiFi PERCUMA di atas pesawat di semua pesawat Airbus A380 dan pesawat Boeing 777 terpilih. Anda yang terbang dengan anak kecil boleh menikmati layanan dengan makanan khas, mainan dan saluran hiburan kanak-kanak yang terbaik untuk anak-anak anda di sepanjang perjalanan.

Khas untuk penumpang pesawat Airbus A380 Emirates, penumpang Kelas Pertama boleh rasakan kemewahan dalam keselesaan suite peribadi mereka dan menikmati ‘Pancuran Mandian’ Onboard Spa. Penumpang Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan boleh bersosial sambil menikmati minuman di Onboard Lounge.

Seperti semua penerbangan Emirates yang lain, penumpang diperuntukan bagasi sehingga 35kg untuk Kelas Ekonomi dan 40kg untuk Kelas Perniagaan.

Sempena promosi Emirates MATTA Fair 2016 ini, kesemua tiket akan dijual melalui ejen pelancongan Emirates sepanjang tempoh 3 hari ia berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Untuk membuat tempahan dan maklumat lanjut, hubungi ejen yang mengambil bahagian atau layari laman web www.emirates.com/my, Fanpage Emirates Facebook di https://www.facebook.com/Emirates/ atau laman web MATTA di www.mattafair. com.my.

 

 

promosi tiket emirates matta fair promosi tiket emirates matta fairpromosi_murah_matta_fair_emirates

 

Emirates di Malaysia

Emirates telah bersama dengan Malaysia sejak Oktober 1996 apabila mereka melancarkan penerbangan ke Kuala Lumpur dan merangsang perdagangan antara Malaysia dan keseluruh rangkaiannya. Tahun ini, 2016 menandakan tahun ke-20 penerbangan Emirates beroperasi di Malaysia. Pada masa ini, Emirates menghubungkan Kuala Lumpur ke hub Dubai dengan 28 penerbangan mingguan termasuk empat penerbangan harian di laluan itu. Dalam penerbangan ini tiga dikendalikan oleh Pesawat Boeing 777 dan satu menggunakan Airbus 380.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.