Pulau popular di Pulau Labuan ialah Pulau Rusukan. Ada beberapa pulau kecil di situ, termasuk Rusakan Besar dan Rusukan Kecil. Tetapi, tak ramai yang sedar akan kewujudannya. Ramai tak perasan akan kewujudan destinasi pulau terbaik di Labuan ini. Kalau nak tahu, di sini ada hanya satu chalet, dikenali dengan nama Emma Chalets Di Pulau Rusukan Besar Labuan.
Walaupun pulau Rusukan Besar ini tidak la besar mana, ia adalah lokasi pelancongan di Wilayah Persekutuan Labuan yang wajib anda lawat. Ini kerana, sekeliling kawasan ini, ia penuh dengan batu karang (coral) tempat pembiakan ikan-ikan dan juga air laut yang sangat jernih.
Baca : Tempat Popular di Wilayah Persekutuan Labuan
Pakej Harga Emma Chalets Di Pulau Rusukan Besar Labuan
Untuk anda yang nak merasai pengalaman di Rusukan Besar Island ni, boleh juga ambil pakej Day Trip dengan harga sekitar RM180 bagi seorang termasuk kos pengangkutan, makan tengahari, snorkeling ke dua lokasi.
Dari Jeti Marina Labuan ke Pulau hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja dengan menggunakan speedboat. Ruang dewan untuk pelancong yang luas, menu makanan tengahari yang sedap dan pengalaman snorkeling dan mandi laut yang sangat best.
Baca : Terbang dari KLIA ke Labuan dengan Pesawat Malaysia Airlines
Pakej Harga Emma Chalets Di Pulau Rusukan Besar Labuan
Ada banyak spot menarik untuk snorkeling dan scuba diving di Rusukan Besar Island. Bergantung kepada kemampuan anda, boleh pilih beberapa lokasi. Kalau nak mudah, hanya di tepi pantai, ada banyak ikan-ikan untuk anda lihat dan memberi makanan ikan.
Kalau nak pengalaman lebih thrill, boleh cuba aktiviti scuba diving ke lokasi Shipwreck di sekitar Pulau Labuan. Ini untuk anda yang mempunyai Lesen Selam Skuba dan juga mereka yang berkaitan. Sebab itu, Labuan juga termasuk diantara pusat selam skuba yang terkenal di Dunia dengan pilihan Shipwreck yang menarik untuk diterokai.
Hingga hari ini, hanya ada satu Operator sahaja yang menyediakan Pakej ke Pulau Rusukan Besar termasuk pengangkutan, makan minum dan aktiviti. Harga untuk pakej 2 hari 1 malam hanya RM380 sahaja untuk dewasa dan RM150 untuk kanak-kanak.
Berminat dengan pakej ini boleh hubungi travel agent di sana, Facebook Emma Glorious Tour & Travel.
[…] Baca : MrJocko dan Pengalaman di Pulau Rusukan Besar Labuan […]