Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Rahsia Buah Tempatan Enaknya Buah Cempedak Madu

Dah lama MrJocko mencari buah Cempedak. Selalu nampak ada orang jual kat gerai tapi tak sempat singgah. Ada pun beberapa tempat, nampak macam cempedak biasa, mungkin tak semanis Cempedak Madu. Kalau nak tahu Rahsia Buah Tempatan Enaknya Buah Cempedak Madu.

Semalam, baru terjumpa buah cempedak madu ni kat gerai buah di Taman Sri Sinar. Harga sekilo cuma RM8 sahaja dan sebiji saiz sederhana ni cuma RM12 sahaja. Kira ok la tak kecil sangat, cukup la untuk kami makan sekeluarga.

Cuba korang lihat isi cempedak ni, agak besar, ranum dan memang manis. Sangat manis dan berbaloi-baloi. Puas hati dapat makan cepedak madu ni 🙂

Ingat minggu depan nak beli sebiji lagi. Harap-harap ada stok di gerai yang sama.

Baca : MrJocko dan Cerita Pasal Makan

Buah cempedak manis
Buah Cempedak Madu

 

Buah cempedak manis

Info Tentang Buah Cempedak

Cempedak merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah Cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Nama saintifiknya ialah Artocarpus integer, sinonim Artocarpus champeden Merr.

Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara iaitu dari Semenanjung Malaysia dan boleh di temui di Brunei, Indonesia, dan pulau New Guinea/Papua. Pokok Cempedak turut diperkenalkan ke Queensland. Pokok Cempedak cepat tumbuh, dan pokok bersaiz serdahana mampu menghasilkan buah yang banyak. Di Malaysia terdapat spesies liar yang dikenali sebagai pokok Bangkong yang juga boleh dimakan.

Sumber : Wikipedia Buah Cempedak

Glamorous MrJocko 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.