Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Enaknya Rasa Ketupat Sotong Kelantan

 

Hampir seminggu Mak MrJocko singgah di Kuala Lumpur datang nak lihat cucu yang keempat, anak ketiga MrJocko dan seminggu jugak memang berselera bila makan kat rumah. Maklum la, Mak sendiri yang masak. Walaupun masak gulai ikan kering, tetap berselera. Tambah berselera bila lihat Mak masak Ketupat Sotong Kelantan. Enaknya Rasa Ketupat Sotong Kelantan.

Ketupat Sotong Kelantan ni memang antara masakan ketupat pulut sotong yang menjadi Trademark orang Kelantan. Siapa yang sudah pernah cuba mesti akan kata sedap. Memang terbaik rasa ketupat sotong ini.

Baca : Resipi Ketupat Sotong Kelantan Yang Sedap

 


Enaknya Rasa Ketupat Sotong Kelantan

Ketupat sotong Kelantan

 

Mengikut kata Mak MrJocko, sebenarnya ada banyak cara mudah untuk memasak Ketupat Sotong Kelantan dan anda boleh cuba memasak mengikut citarasa anda. Ada yang masak mahukan kuah yang pekat ada juga yang suka kuah yang agak cair.

Tak kurang juga resipi ketupat sotong yang menggunakan gula pasir biasa, ada yang guna gula merah (Brown Sugar), tetapi kami biasanya menggunakan ‘Gula Melaka’ sebagai pemanis yang boleh membuatkan rasa ketupat ini lebih melekat dan pekat.

Sudah tentu cara Mak MrJocko masak Ketupat Sotong adalah yang terbaik. Jadi kalau ke Kelantan, jangan lupa cari Ketupat Sotong. Paling mudah cari di atas Pasar Besar Khadijah, Kota Bharu. Biasanya memang ada. Harga seekor biasanya dalam lingkungan RM3-RM5. Macam mahal, tetapi bila anda makan, ia memang berbaloi. Sedap…

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.