Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Epal Busuk, beli kat Carrefour Midvalley

Minggu lepas, awal Februari aku singgah ke Midvalley. Cam biasa, jalan-jalan time cuti. Sambil-sambil cari barang dapur sikit-sikit.
Dalam banyak-banyak barang dapur yang aku beli, aku ada beli buah epal ni. Kalau tak silap 10 biji dalam satu pack. Harga pun aku lupa, sekitar RM8.90 rasanya (pun aku lupa)
Masa aku makan sebiji last week, aku dah rasa lain. macam tak masak. Telan jugak sampai abis. Maklum la lapar. Kali kedua aku nak ambik, aku tengok buah dah macam busuk. Macam tak caya. Bila aku bukak semua, hampir 6 biji nampak buruk, busuk dan memang rosak tak boleh nak makan.
Aku nak pulang balik kat carrefour, aku dah buang resit pembelian. Tak leh nak kata apa dah. Last-last, buang dalam tong sampah jer la Buah Epal Washington dari Carrefour ni.
So, kalau korang nak beli buah epal, atau buah apapun selepas ni, check la dulu. Nanti membazir jer kalau busuk tak boleh di makan. Mungkin kes ni satu dalam seribu. Tapi mana tau, terkena kat korang. Sakit hati… kan?

MrJocko.com

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.