Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Pengalaman Di Espoir Lake Toya Boat Cruise Hokkaido Japan

Masih dengan cerita hari kedua di Hokkaido, spesifiknya di sekitar Lake Toya. Kalau sebelum ini ke Mount Usuzan, kali ini kami singgah di Lake Toya untuk merasai sendiri Pengalaman Di Espoir Lake Toya Boat Cruise Hokkaido Japan. Ini antara pengalaman baru MrJocko menyusuri Tasik Toya, tasik terbesar di Pulau Hokkaido.

Menggunakan bot setinggi 2 tingkat, ia dikatakan boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu masa, kami menyusuri Lake Toya Hokkaido selama lebih kurang 45 minit, melihat keindahan tasik di sini.

Pengalaman Di Espoir Lake Toya Boat Cruise Hokkaido

Pengalaman Di Espoir Lake Toya Boat Cruise Hokkaido Japan

Cerita awal di Hokkaido, boleh baca di sini Hari Kedua di Hokkaido

Harga tiket untuk menaiki Espoir Lake Toya Boat Cruise Hokkaido ini adalah JPY1,420 untuk dewasa dan JPY710 untuk kanak-kanak. Ia hanya pakej biasa dan tidak ada makan atau minum. Sekadar naik bot dan pusing sekitar tasik dan Pulau Nakajima (Nakajima Island) yang kecil dan tiada berpenghuni.

Kalau ikutkan biasa, tidak la menarik sangat, tetapi dengan view salji yang memutih, ia menjadikan kawasan ini putih dan berbaloi juga untuk di lawati. Mungkin kalau bukan musim Salji, ia kurang menarik, mungkin la.

Pengalaman Di Espoir Lake Toya Boat Cruise Hokkaido Japan

Pengalaman Di Espoir Lake Toya Boat Cruise Hokkaido Japan

Pengalaman Di Espoir Lake Toya Boat Cruise Hokkaido Japan

Pengalaman Di Espoir Lake Toya Boat Cruise Hokkaido Japan

Baca : MrJocko Dan Pengalaman Naik Cruise

Namun, tak lama kemudian, ia jadi lebih menarik bila ada tetamu yang ikut serta. Sekumpulan Burung Seagull mengikut bot sepanjang masa. Ia lebih menarik bila burung-burung ini berebut makanan yang diberikan kepada mereka sepanjang jalan.

Jadi, jika anda ada berpelunag ke sini, ambil masa dapatkan makanan burung, kepingan biskut atas apa sahaja yang boleh menarik perhatian Burung Seagull. Pengalaman memberi makanan kepada Burung Seagull di sini memang best.

Pengalaman Espoir Lake Toya Boat Cruise Hokkaido Japan

Pengalaman Di Espoir Lake Toya Boat Cruise Hokkaido Japan

Memandangkan ini musim salji, suhu diluar agak sejuk. Tambah dengan angin dan juga kelajuan bot, ia membuatkan kesejukkan semakin menusuk. Sebaiknya kalau ke sini waktu Musim Winter, sediakan baju yang sesuai supaya anda tidak kesejukkan.

Untuk anda yang nak tahu jadual waktu Bot atau Cruise di sekitar Lake Toya, boleh cuba lihat di sini di laman web Toyakokisen Hokkaido.

Atau nak tahu apa lagi yang Menarik di Hokkaido, baca di laman web ini http://en.visit-hokkaido.jp/spot/detail.php?id=157&lang=cn

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.