Pengalaman Di Menara Eureka Skydeck 88 Melbourne
|Eureka Skydeck 88 Melbourne adalah salah satu lokasi tumpuan yang menarik jika anda nak lihat bandar Melbourne dari puncak ketinggian menara yang paling tinggi di Melbourne. Di sini, anda boleh lihat 360 darjah dan menikmati keindahan bandar Melbourne dari pencakar langit.
Eureka Tower is a 297.3-metre skyscraper located in the Southbank precinct of Melbourne, Victoria, Australia. Construction began in August 2002 and the exterior completed on 1 June 2006.
Floors : 91
Opened : October 11, 2006
Height : 297 m
Architectural style: Modern architecture
Architect : Nonda Katsalidis
Di Eureka Tower ini juga terdapat beberapa tarikan lain seperti Eureka Skydeck 88 Melbourne, Vertigo dan juga Edge. Kalau anda dah sampai atas ini, anda mesti cuba. Jangan cuba nak mengelak yer.
Stadium Rod Lover di mana berlangsungnya Australian Open 2015 |
Harga tiket untuk naik ke Eureka Skydeck 88 Melbourne di Eureka Tower ini adalah :
Dewasa : AUD19.50
Kanak-kanak : AUD11.00
Tiket masuk ke Edge di Eureka Skydeck :
Dewasa : AUD12.00
Kanak-kanak : AUD8.00
Tiket untuk Vertigo :
Dewasa dan Kanak-kanak : AUD12
Dalam banyak-banyak ini, Edge adalah satu yang paling scary MrJocko pernah cuba. Kenapa tidak, kerana ketika berada di dalam cermin kaca di ketinggian 88 tingkat, kotak kaca itu di bawa keluar dan kaki anda akan terasa berada terbang di atas angin. Bayangkan anda melihat kereta dan manusia di bawah anda, sayup kelihatan.
Untuk info, Edge ini anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar sendiri. Tetapi anda boleh dapatkan koleksi gambar anda secara berkumpulan dari pihak Eureka Skydeck Edge di kaunter berdekatan dengan hanya AUD15 sahaja.
Sudah pasti kalau ditanya secara peribadi, Eureka Tower Melbourne ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Yang pasti keunikkan melihat bandar Melbourne dari atas pencakar langit Eureka Tower memang pengalaman yang tidak boleh MrJocko lupakan. Anda mesti cuba ke Menara Eureka Skydeck 88 Melbourne.