Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Naik Pelayaran Kapal Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari

Satu pengalaman baru untuk semua pelancong di Athens. tak perlu habiskan masa yang lama, kali ini guna masa singkat untuk teroka 3 pulau terbaik di Greece dengan hanya masa sehari sahaja. Ini pengalaman MrJocko Naik Pelayaran Kapal Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari. Ia memang berbaloi dan wajib cuba jika berkesempatan.

Dengan menggunakan kapal pelayaran diberi nama Evermore Cruise, korang akan merasai pengalaman menaiki cruise yang besar dan menbelah laut dari Athens menuju ke pulau Poros, Hydra dan juga Aegina di Greece.

Baca : Hotel Murah Dan Berbaloi di Athens Greece

 


Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari

Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari
 

Untuk merasai pengalaman menaiki Cruise mewah di Athens ini, korang perlu ke Piraeus Port Athens. Perjalanan dari Piraeus Port pertamanya menuju ke destinasi pulau yang tiada kenderaan iaitu Poros Island yang memakan masa selama lebih kurang 3 jam pelayaran. Kemudian diikuti dengan Hydra Island dan akhir sekali Aegina Island.

Untuk tempoh masa 3 jam ini, boleh la kita menikmati pemandangan indah laut di Saronic Gulf (Teluk Saronic) yang agak luas. Di sini terletaknya kepulauan yang menempatkan Poros Island, Hydra Island, Aegina, Salamina dan banyak lagi pulau-pulau kecil.

Sepanjang perjalanan, boleh melihat tanah besar, Athens yang memutih dengan warna bangunan yang sederhana tinggi. Kalau nak tahu, warna bangunan di Athens boleh dikatakan semuanya berwarna putih dan cerah.

 

Naik Pelayaran Kapal Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari Naik Pelayaran Kapal Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari

 

Masa untuk boarding sekitar jam 9.00 pagi dan korang akan queue untuk masuk dari tingkat paling bawah. Kemudian korang akan diberikan Kad Pengenalan yang perlu di simpan untuk tujuan naik dan turun serta pakej makanan jika ada.

Memandangkan kami menggunakan pakej bersama makanan, makan kad kami hari itu adalah biru tertulis ‘Boarding & Dining’

 

Naik Pelayaran Kapal Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari Naik Pelayaran Kapal Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari Naik Pelayaran Kapal Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari

 

Untuk yang ambil pakej Boarding sahaja, ramai yang suka lepak di tingkat paling atas. Ia adalah ruang open space dan memilik Open Bar untuk semua. Kalau nak minum atau makan boleh beli kat sini dengan menggunakan matawang EURO.

Untuk yang sudah ada pakej Dining, boleh lepak dalam bilik di tingkat bawah atau tingkat 1. Ada minuman Kopi PERCUMA kepada semua tetamu yang menggunakan Pakej Boarding & Dining Evermore Cruise.

 

Evermore Cruise 3 Islands Greek
Poros

Poros Poros Poros Poros

 

Bila sampai di destinasi pulau seperti Poros, Hydra dan Aegina, pihak Cruise akan memaklumkan tempoh untuk singgah dari satu jam sehingga 2 jam mengikut destinasi. Masa untuk boarding kembali ke Cruise diletakkan dipintu keluar untuk mengingatkan semua supaya tidak terlambat.

Satu susunan yang teratur dan memang professional. ‘Thumbs up’ untuk pengurusan Evermore Cruise.

Evermore Cruise 3 Islands Greek

Evermore Cruise 3 Islands Greek
Hydra

Hydra Hydra

Hydra
Hydra

Baca tentang kisah Athens di sini http://www.mrjocko.com/tag/athens

Sedikit info tentang Poros Island. Ia antara pulau yang tidak mempunyai kenderaan seperti motor dan kereta. Kalau ada pun hanya untuk tujuan kerja seperti pengangkutan barang-barang yang berat.

Kalau nak rasa pengalaman naik Keldai dan Kuda boleh cuba di sini. 

 

Naik Pelayaran Kapal Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari

 

Di Hydra pula, ada banyak kapal-kapal laut dan kapal layar berlabuh. tak pasti apa lagi yang menarik di sini memandangkan masa yang terhad. tetapi view di sini memang menarik dan banyak restoran di sepanjang persisir pantai. Rasanya ramai penduduk di sini berkerja sebagai Nelayan.

Kalau korang suka landskap, banyak view yang menarik di sini. Ada beberapa tempat di tengah pulau lebih menarik, tetapi kami kesuntukkan masa untuk ke sana.

 

Evermore Cruise 3 Islands Greek Evermore Cruise 3 Islands Greek

 

Aegina adalah pulau terakhir dalam destinasi kami hari tersebut. Paling banyak yang dijual di sini ialah Kacang Pistachio. Ia adalah produk Greece dan paling terkenal di sini. Kalau ke sini kena la beli. Nak kata murah memang murah. Kalau kat sini sepeket dalam MYR35, kat sana hanya sekitar EUR4 sahaja

Untuk rasa pulak, ada banyak jenis Pistachio yang boleh korang beli termasuk rasa Original, Salt, Hot dan macam-macam lagi.

 

Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari
Aegina

Aegina Naik Pelayaran Kapal Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari Naik Pelayaran Kapal Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari Naik Pelayaran Kapal Evermore Cruise 3 Islands Greek Dalam Sehari

 

Of course view di sepanjang pelayaran Evermore Cruise 3 Islands Greek ini memang mengasyikkan. Ia umpama berada di alam mimpi. Serius, hingga kini ia antara pelayaran Cruise yang terbaik pernah MrJocko sertai. Terima kasih kepada pengalaman ini FlyScoot dan Evermore Cruise Athens.

Bagi yang nak tahu harga pakej pelayaran ini boleh semak laman web rasmi Evermore Cruise. Harga untuk pakei Evermore Cruise Standard ialah EUR109 per pax (MYR550) dan Evermore Cruise VIP EUR225 per pax (MYR1,150).

evermore cruise ticket standard evermore cruise ticket standard

 

Evermore Cruise 3 Islands Greek

 

Tak terungkap dengan kata-kata bila dapat pengalaman naik Cruise sebegini di Athens. Ia memang sesuatu yang tidak pernah terlintas untuk MrJocko cuba memandangkan kosnya yang agak mahal. Tetapi, diberikan rezeki untuk merasai sendiri pengalaman hebat ini meneroka laut Greek yang memang cantik.

Untuk maklumat tentang pakej Evermore Cruise, korang layari laman web rasmi mereka di sini http://www.evermorecruises.com

Kalau ada lagi kesempatan, teringin nak naik cruise ke Sontorini pulak…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.