Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Family Trip Ke Da Nang Vietnam Teaser Day 3

Family trip ke Da Nang Vietnam kali ini sebenarnya antara trip family yang santai dan mudah. Selepas semalam kami follow Tour Arrangement ke Marble Mountain, Peninsula Son Tra dan juga ke Linh Ung Pagoda, hari ketiga kami di Da Nang, kami sekadar jalan-jalan sekitar pantai dan juga bercadang untuk ke Dragon Bridge di Han River.

Banyak tempat menarik sepanjang Trip ke Da Nang Vietnam yang boleh anda terokai. Tunggu cerita travel ke Da Nang dari MrJocko.

Pemandangan Malam di Han River Da Nang Vietnam

Melancong ke Da Nang

Pantai Da Nang Vietnam

 

Seawal pagi kami bangun sekitar jam 4.30 pagi semata-mata untuk melihat cara hidup warga Da Nang yang khabarnya suka mandi air laut seawal jam 4.30 pagi. Kenapa awal sangat? Tunggu info dalam entry akan datang.

MrJocko dan anak-anak turut turun ke Da Nang Beach untuk mandi manda sambil menikmati pemandangan indah matahari naik (sunrise) di kaki laut. Yes, view di pantai Da Nang memang terbaik.

 

 

Melancong ke Da Nang

Pantai Da Nang Vietnam Tempat Menarik di Da Nang

 

 

Selesai mandi manda, kami kembali ke hotel untuk sarapan dan kemudian menunggu masa untuk keluar jalan-jalan sekitar bandar Da Nang. Plan asal nak jalan-jalan sekitar bandar Hoi An, tetapi lokasinya agak jauh dari pantai utama Da Nang.

Sekitar petang kami ke tengah bandar untuk makan tengahari dan juga makan malam dalam pencarian mencari makanan halal di Da Nang Vietnam. Halal Food di Da Nang Vietnam memang tidak banyak dan kami memang dari awal membawa maggi mee dan juga makanan dari Malaysia sebagai back up plan.

Di bandar Da Nang kami sempat singgah di restoran makanan India yang menyediakan menu Vegetarian di Da Nang. Ini sahaja menu yang menyerupai menu makanan halal di Da Nang untuk kami sekeluarga.

 

 

Tempat Menarik di Da Nang Halal Food Da Nang Vietnam

 

Selepas makan malam, kami berkumpul di Dragon Bridge di Han River semata-mata untuk menyaksikan persembahan Dragon Bridge Fire & Water Show yang memang berlangsung setiap hujung minggu di sini. Memang terbaik, dan MrJocko akan kongsi dalam video dan entry yang akan datang.

Banyak lagi cerita menarik selama Family Trip Ke Da Nang dan banyak lagi yang MrJocko nak share tentang makanan halal di Da Nang Vietnam, tunggu sahaja entry penuh dari MrJocko. 

 

Layari Cerita Apa Lagi Yang Popular di Da Nang Vietnam

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.