Site icon Travel Blogger Malaysia

Family Trip Ke Perth Day 2 Teaser

Pengalaman Family Trip ke Perth memang menakjubkan. Hari pertama kami menginap di Homestay milik Robin dan Jenny di Mindarie, satu kawasan perumahan yang memang menarik dekat dengan pantai. Pemandangan yang menarik, tetapi sayang kami tidak sempat singgah di pantai.

Hari kedua di Western Australia, kami mulakan dengan bersarapan di Homestay Robin dan Jenny. Alhamdulillh, kami diberikan kebenaran untuk guna dapur dan fasiliti di dapur mereka. Namun, kami hanya gunakan dapur untuk masak air panas dan sediakan sarapan ala kadar untuk kami sekeluarga sebelum check out dan meneruskan perjalanan ke Two Rocks, Lancelin dan seterusnya ke Pinnacles Park.

Baca : Tempat-Tempat Menarik di Perth Western Australia

Family Trip Ke Perth Day 2 Teaser

Perth Trip

Memandu di Perth dan Western Australia tidak la susah. Antara tips mudah memandu di Australia ialah, patuhi undang-undang. Simple. Bawa kereta ikut had laju, pakai tali pinggang dan jangan menggunakan telefon. Bebaik jangan sampai kena saman atau speed trap.

Dari Mindarie, kami pandu sekitar 30 minit sampai di Two Rocks, mengikut jalan pantai yang memang cantik. Kemudian terus memandu lagi selama 1 jam menuju ke pekan kecil Lancelin untuk aktiviti Meluncur di atas bukit pasir terkenal dikenali sebagai Lancelin Sand Dunes.

Meneruskan perjalanan, kami memandu lagi dari Lancelin selama hampir satu jam hingga sampai ke lokasi Taman Negara Nambung (Nambung National Park) untuk destinasi menarik iaitu Pinnacles Park. Memang best, tambah lagi kami sampai waktu hampir senja dan menikmati sunset di Pinnacles. Terbaik.

Family Trip ke Perth
Cabin House di Cervantes

Untuk pengalaman penginapan MrJocko dan keluarga di hari kedua Family Trip ke Perth, kami mencuba penginapan Cabin yang terletak di kawasan tempat parkir Caravan dan Perkhemahan di Cervantes. 

Alhamdulillah, ini pengalaman pertama kami, anak-anak suka menginap di sini. Lebih-lebih lagi, kami boleh masak ala orang berkhemah di dalam cabin. Sangat best dan memang kami semua teruja.

Bersambung… Family Trip Ke Perth Day 3 Teaser

Cabin House di Cervantes
Exit mobile version