Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Family Trip Ke Perth Day 4 Teaser

Sudah hari keempat, nampaknya luas sungguh Western Australia ni. Semalam dari jauh, memandu memang agak memenatkan. Walaupun menginap di Hostel bajet di Bunbury, tidur kami agak selesa dan nyenyak. Pengalaman pertama untuk wife dan anak-anak tidur di hostel bajet, hostel untuk backpackers. Ini lah kisah Family Trip Ke Perth Day 4 kami.

Nasib baik, semasa kami menginap, ramai yang stay di sini memang agak selesa. Walaupun keadaan cuma hostel bajet, tetapi masih berbaloi untuk kami cuba.

 

melancong ke Perth

 

 

Sarapan kami memang sempoi dengan menu roti bakar dan telur. Anak-anak makan mihun segera dan telur goreng. Alhamdulillah, at least boleh kongsi pengalaman hidup travel sederhana dan bajet dengan anak-anak.

 

melancong ke Perth melancong-ke-perth-02 melancong ke Perth melancong ke Perth

 

Memandangkan rata-rata masa check-out di Australia sekitar jam 10.00 pagi, kami pilih untuk keluar jam 9.00 pagi. Sebab, kami nak ke Dolphin Discovery Centre di Bunbury untuk melihat pusat penerangan bagi Ikan Lumba-lumba.

Dari Dolphin Discovery Centre, kami teruskan perjalanan dari Bunbury, balik ke bandar Perth yang terletak sekitar 200km dan ia memakan masa selama hampir 2 jam mengikut lebuhraya utama. 

Dah sampai Perth, kami singgah sekali lagi di Kings Park and Botanic Garden dan juga menjengok lokasi Blue Boat House terkenal atau dikenali sebagai Crawley Edge Boatshed. Memang unik rumah di tengah Swan River ini dan semakin menjadi tumpuan pelancong ke Perth.

Family Trip ke Perth untuk hari keempat ini kami tamatkan di Swan River dan seterusnya malam terakhir kami menginap di Rendezvous Studio Hotel di tengah kota Perth. Ia adalah hotel 4 Stars dan Alhamdulillah, kami dapat harga yang sangat berbaloi untuk bilik Executive Deluxe yang besar.

Family Trip ke Perth melancong-ke-perth-10

Banyak cerita nak di kongsi ni tentang percutian bajet kami sekeluarga ke Perth. InsyaAllah kalau nak tahu, tunggu entry di blog MrJocko yer.

Next… Family Trip Ke Perth Day 5 Teaser

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.