Sedar tak sedar, sekejap sahaja 5 hari berlalu dan ini adalah hari terakhir kami di bumi Perth. Family Trip ke Perth ini terasa sekejap sahaja, masih tak puas untuk meneroka Western Australia. Hari kelima, kami berada di tengah kota Perth, di Hotel Rendezvous Studio, antara hotel 4 Stars paling dekat dengan Kings Park and Botanic Garden.
Sarapan seperti biasa, dan kami keluar lebih awal hari ini. Jam 8.00 pagi kami check-out dan meneruskan perjalanan menuju ke Caversham Wildlife Park yang terletak kira-kira 30km dari pusat bandar.

Kami sampai di Caversham Wildlife Park seawal jam 9.00 pagi, waktu pintu mula dibuka dan terus meneroka apa yang menarik di Caversham Wildlife ini. Satu taman di Caversham Wildlife ini sempat kami jengok termasuk sesi memberi makanan kepada Kangaroo, melihat pertunjukkan memotong bulu biri-biri, memerah susu, beruang Koala dan banyak lagi.
Paling menarik di Caversham ialah sesi memberi makanan kepada Kanggaroo. Hampir ratusan Kanggaroo berada di kawasan ini dan jinak untuk diberi makan. Anak MrJocko memang suka.

Masa kami amat terhad dihari kelima dan hanya punyai masa untuk singgah di Caversham Wildlife Park untuk tempoh 2 jam sahaja. Ini kerana petang nanti kami akan terus pulang ke Kuala Lumpur.
Memandangkan tempat Wildlife ini tidak la jauh sangat dari Perth Airport, kami bergerak dari sini sekitar jam 11.00 pagi dan sempat sampai di Perth Airport Terminal 1 pada jam 12.00 tengahari. Urusan return kereta sewa di Perth juga selesai dan Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Tamatlah sudah pengembaraan kami ke Perth. Family Trip ke Perth kami sekeluarga berakhir dengan senyum dibibir wife dan anak-anak. Sangat berpuas hati dan InsyaAllah akan rancang trip percutian bajet ke desinasi lain selepas ini.
InsyaAllah, entry penuh bagi trip ke Perth ini akan menyusul di dalam entry penuh di Blog MrJocko.com
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.