Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Farmers Market Pasaraya Jual Buah Murah di Western Australia

Buah-buahan tempatan di Australia memang menarik minat MrJocko. Memang MrJocko peminat buah dan bila dah sampai Australia, melihat harga buah anggur, epal, pear, plum, dan macam-macam buah lagi murah, ia buatkan keterujaan untuk makan buah semakin menjadi-jadi. Antara yang menjual buah-buahan murah ialah di Farmers Market Pasaraya Jual Buah Murah di Australia.

Di Australia, ada banyak kedai atau pasaraya seperti ini, yang hanya fokus menjual buahan dan sayuran segar setiap hari. Mereka adalah peladang tempatan yang menguruskan penanaman dan menjual produk tanaman tempatan di Australia.

 

Baca : Halal Fish & Chips Western Australia

 


Farmers Market Pasaraya Jual Buah Murah di Western Australia

Farmers Market Pasaraya Jual Buah Murah di Australia

 

Mula-mula sampai di Australia, terkejut bila ada promosi buah strawberi dengan harga hanya AUD3 untuk 3 paket. Bermaksud, satu paket buah strawberi yang mengandungi kira-kira 12 biji strawberi hanya berharga sekitar RM3 sahaja. Kalau di Malaysia, ia bernilai sekitar RM6 – RM10 untuk satu paket. 

Melihat buah anggur dengan harga sekitar AUD3 sekilo, buah epal yang segar murah dan buah plum manis dengan harga yang memang tak dapat nak beli di Malaysia. Semua memang menarik.

Lebih mengujakan MrJocko, rasa buah strawberi ini memang manis dan sangat segar.

 

Farmers Market Pasaraya Jual Buah Murah di Australia farmers market jual buah murah australia 03Farmers Market Pasaraya Jual Buah Murah di Australia

 

Cuma di sini, Pisang dijual agak mahal berbanding buah buahan lain. Mungkin ia adalah produk import. Namun, kalau nak cerita pasal buah, yang lain memang dijual dengan harga yang sangat murah. Kami memang sepanjang jalan makan buah-buahan ini sebagai kudapan dan alas perut menggantikan nasi. Hahaha…

Berbaloi rasanya kalau hari hari makan buah di Australia. Patut la kalau beli Jus Segar Oren, harga untuk satu pek 2 liter hanya sekitar AUD2 – AUD4 sahaja. Anda bayangkan kalau hari hari anda beli buah dan buat jus buah di rumah, sangat memuaskan hari kan?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.