Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Pinjam Wang Cagar Duit KWSP

Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mencadangkan supaya Amaun dalam Akaun KWSP Di Cagarkan bagi membolehkan pencarum mendapatkan fasiliti pinjaman daripada beberapa badan kewangan terpilih. Ekoran daripada itu, pihak berwajib telah memperkenalkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Pinjam Wang Cagar Duit KWSP untuk tujuan tersebut.

Desakan ini dibuat setelah ramai rakyat terkesan teruk dengan pandemik Covid-19 sejak 3 tahun lepas. Rata-rata pencarum mendesak pihak KWSP supaya membenarkan sekali lagi pencarum mengeluarkan wang caruman mereka untuk tujuan meneruskan kelangsungan hidup disamping bertujuan membayar hutang piutang.

Baca : Pengeluaran Wang KWSP DIBENARKAN

Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP

 


Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Pinjam Wang Cagar Duit KWSP

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Pinjam Wang Cagar Duit KWSP
 

Saya sendiri masih mempunyai baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja walaupun sudah lama tidak mencarum selepas berhenti dari kerja pejabat sejak 10 tahun yang lepas. Sekiranya layak, saya juga akan memohon fasiliti ini atas sebab-sebab pribadi.

Namun, harus diingatkan kesan dari pengeluaran ini akan mempengaruhi jumlah simpanan anda di hari tua nanti.
 

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Pinjam Wang Cagar Duit KWSP
 

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan untuk membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Syarat Kelayakan FSA2

1 – Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
2 – Warganegara Malaysia
3 – Permohonan adalah sekali sahaja
4 – Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
5 – Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP
6 – Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)

Nota: Ahli hendaklah membuat penilaian kesedaran dan kefahaman mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 dengan institusi perbankan sebelum ahli membuat keputusan sama ada perlu meneruskan permohonan pembiayaan peribadi atau sebaliknya. Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan nasihat kewangan secara terus daripada Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.

Cara Pengeluaran

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Amaun Kelayakan

Amaun kelayakan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan (jika ada) seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya.

Ilustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Pinjam Wang Cagar Duit KWSP
 

Lawati https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak status kelayakan serta dapatkan maklumat lanjut mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 bermula 5 April 2023.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.