Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Fenomena Drama Adam Dan Hawa Di Mustika HD, Saluran 134 Astro

Mulanya MrJocko tertanya jugaklah, kat mana la diorang layan drama Adam dan Hawa ni. Sana sini semua duk cerita pasal drama lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa yang terbaru ni.

Balik belek tengok channel kat Astro, tak jumpa la pulak. Rupanya drama Adam dan Hawa ditayangkan di Saluran Mustika HD Astro. Patutla, rumah MrJocko belum ada connect siaran Astro Beyond lagi.

Drama bersiri Adam dan Hawa ni sebuah drama siaran saluran Astro 134 Mustika HD, setiap Isnin hingga Khamis dan mempunyai 80 episod. Tayangan episod pertama bemula 27 Ogos 2012 yang lepas.

Dibintangi oleh pelakon Aaron Aziz (Adam Mukhriz) dan Nadiya Nisaa (Ain Hawani), Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid

Apa yang best pasal drama bersiri Adam dan Hawa ni? Jom kita lihat sedikit Sinopsis drama Adam & Hawa.

Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya

Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan

Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga

Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya

Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?

Nak tengok drama Adam dan Hawa kena la langgan Astro 134 Mustika HD dulu yer.

Kalau nak download episod drama Adam & Hawa, mungkin boleh cari di pautan link yang ada kat internet.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.