Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ferrari Accident…

Arrrggghhh!!! Gilo, memang BZ gilo. Dah la setup homepage baru ni tak siap lagi. Commant dia tak tau silap kat mana, nak kena buat balik. Tensennn!!! Tensennn!!!
Petang ni, nak kena g cari Laptop, ada sorang client tu nak beli 2nd hand laptop. Kalau 2nd hand ni, actually malas aku nak jual, dah la untung sikit, kena tetiba rosak, rugi aku kena cover balik. Tp tu semua aku dah kasi tau warranty sebulan jer… lepas tu dah tak der dah. Rosak kena reapir sendiri. Tapi dia nak jugak…
Patutnya, petang ni aku ader training Badminton. Business punya pasal, aku terpaksa skip. After work, kul 5.30pm trus aku meet Hamid, n ajak dia g Lowyat, jumpa dealer aku. Sib baik, masa aku kluar jalan blum jam. tak sampai 15 minit aku dah masuk parking LOWYAT.
Trus ke tingkat 3, diskus dgn dealer price yg aku nak. Lepas semua dah agreed, with terms n conditions, aku ambik Fujitsu Celeron 500Mhz, wit touch screen. 10″ Screen, comel lagi. Aku cam biasa la :
Nif, kasi la aku lagi free gift, aku nak mouse, kesian lak buyer aku” aku mintak
yer la yer la, ambik yg ni sudah la, yg itam tu tak leh, mahal” Hanif ambik yg kecik dlm laci.
Tu jer, jgn lupa external disk tu, tadi nko dah janji nak bagi” aku ingatkan dia
Aku mmg kasi, aku nak simpan wat apa? ” hehehehe dapat gak aku benda tu.
Lepas tu trus g cari stylus HP Hamid, sib baik ada. Dapat jer, kami trus gerak, ngam-ngam 1 jam kat lowyat, dr 6.08pm hingga 7.08pm (kat parking tiket printed).
Masa balik aku ikut Jln Bukit Bintang, Jln Hang Tuah, menuju ke Jln Istana. Lepas jer Istana Negara aku ambik line kana (laju) skali aku tgk sebelah kana aku (the other side) sebijik Ferrari merah, kantoi excident. Aku pun slow la, nak tgk, hehehe (tu pun pasal org lain slow). Aku tengok punya la bengkok tak hingat divider jalan tu, ingatkan remuk dah, tapi rupernya calar sket depan, dan bumper pecah dlm 1 kaki jer… aik! tu jer? Memang berbaloi la pakai Ferrari ni. Hehehe, teringin lak nak pakai. hak hak hak,,, skali ingatkan harga tayar Ferrari pun, aku blum mampu nak beli buat masa skang, so, trus ilang angan-angan aku.
Ni Contoh jer,,, yg eksiden tu takder la truk cam ni, tp Ferrari jugak la…
Yg pasti aku yakin, jln sebelah sana memang jammed. Sib baik aku arah bertentangan. Yg aku dgr dlm radio, ckp jammed tu sampai ke Jln Tun Razak, jauh tu. mau kebas kaki kalau drive manual car. Hehehe…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.