Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

FIFA World Cup Trophy Tour 2014 Coca Cola Malaysia

Hari ni, sekitar jam 2.00 petang piala yang menjadi rebutan pemain bolasepak seluruh dunia dikhabarkan sudah sampai di Skypark Subang Terminal. Ia bersempena dengan FIFA World Cup Trophy Tour oleh Coca-Cola Malaysia. Selama 3 hari, Piala Dunia FIFA ini akan berada di Malaysia untuk tontonan peminat bolasepak Malaysia.

Sempena jelajah Trofi Piala Dunia ini, piala yang bersalut emas ini akan dipamerkan di PWTC selamat 3 hari. Walau bagaimanapun, pameran Trofi Piala ini hanya dibuka untuk umum pada hari Ahad, 5 Januari 2014 bermula jam 8.00 pagi di Dewan Tun Hussein Onn 1, PWTC.

 

 

MrJocko akan sertai wakil media untuk pameran Trofi Piala Dunia pada Sabtu, 4 Januari 2014 di dewan yang sama. Kelebihan kami mungkin dapat ruang dan masa eksklusif bersama Trofi Piala Dunia ini bersama wakil Tourism Malaysia yang lain.

Jadi, bagi peminat bolasepak Malaysia, jangan lepaskan peluang melihat dengan mata kepala anda sendiri trofi lagenda, Trofi Piala Dunia ini sempenah FIFA World Cup Trophy Tour yang dibawakan khas oleh Coca-Cola.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.