Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Filem KL Gangster 2 – Siapa Ambil Selipar Aku

Entry KL Gangster 2 ini bukanlah satu entry pasal isu Filem KL Gangster 2 yang sudah bocor dan boleh anda download di Internet. Kenapa filem KL Gangster 2 boleh terlepas ke Internet begitu mudah? Siapa yang bertanggungjawab dalam isu upload dan download filem KL Gangster ni? Yang ni boleh baca di Budiey.com atau BeautifulNara.com.
MrJocko nak share pasal isu KL Gangster di masjid-masjid yang selalu curi dan ambik kasut atau selipar orang ketika mengerjakan Solat di masjid atau surau. Tak kira la solat fardu atau solat Jumaat. Kejadian curi kasut dan selipar ni memang kerap berlaku dan ia selalu berlaku pada hari Jumaat di saat orang tengah ramai dan sibuk untuk tunaikan solat Jumaat.
Kalau orang lelaki, mesti ada yang terkena bila datang bawa kasut, pulang terpaksa berkaki ayam. Ini semua angkara KL Gangster pencuri kasut dan selipar.

MrJocko sendiri pernah hilang selipar di Masjid. Ada beberapa kali. Nasib baik dalam kereta ada selipar dan kasut simpanan. Kalau tak, sampai umah memang berkaki ayam.
Pencuri kasut dan selipar di Masjid atau Surau, mereka ini lah KL Gangster sebenar sebenar. Sangat berani membuat jahat walaupun berada di kawasan rumah Allah. Tahu apa yang mereka buat itu salah, tetapi mereka masih lagi berani dan tidak takut dengan dosa-dosa yang mereka buat, mencuri harta orang dan menyusahkan makhluk yang sedang beribadah kepada Allah.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada pencuri kasut dan selipar di Masjid atau Surau, Amin…
p/s : ada kawan MrJocko, seliparnya hilang selepas solat Jumaat. Tetapi dia pulak ambil selipar orang lain,,, adoi,,,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.