Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Keputusan Terkini Perlawanan Final Euro 2012 Sepanyol vs Itali

Sepanyol, The Matador membuktikan mereka adalah Raja Bolasepak dunia dengan menewaskan Italy dalam perlawanan Akhir Euro 2012 di Stadium Kyiv, Ukraine awal pagi tadi.Perlawanan akhir yang mulanya dijangka sengit kerana sama-sama mempunyai kelebihan masing-masing akhirnya menyaksikan pasukan Azzurri, Itali di belasah dengan jaringan 4 gol tanpa balas.
 

Final EURO 2012 spain italy

Barisan pemain Itali nampaknya seakan hilang konsentrasi apabila boleh dikatakan tidak mampu menembusi benteng pertahanan Spain yand diterajui oleh Pique seterusnya menutup peluang Balotelli untuk menyumbat gol.

Pasukan Spain yang beberapa kali bermain tanpa menggunakan penyerang, nampaknya lebih bergantung kepada 5 pemain midfielder yang sememangnya mengucar kacirkan pertahanan Itali.

Baca : MrJocko dan Sports
 

Final EURO 2012 spain vs italy

Final EURO 2012 spain vs italy

 

Gol pertama Spain hasil tandukan Silva dan tendangan Alba pada separuh masa pertama. Memasuki separuh masa kedua Itali nampak garang sekejap, tetapi akhirnya tunduk dengan dua lagi jaringan Torres, sebagai pemain gantian, dan Juan Mata pada minit-minit akhir perlawanan.

Saksikan gambar hasil jaringan gol perlawanan akhir Euro 2012 Spain vs Itali oleh Silva, Alba, Torres dan Juan Mata.

Keputusan penuh Perlawanan Final Euro 2012 Sepanyol vs Itali dengan keputusan kemenangan kepada pasukan Sepanyol dengan jaringan Sepanyol 4 – 0 Itali.

Final EURO 2012 spain vs italy

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.