First Impression Samsung Galaxy Z Fold5 Unpacked 2023
|Selepas setahun Samsung memperkenalkan Galaxy Z Fold4 (Generasi Ke-4), kali ini mereka meneruskan tradisi mereka dengan peranti terkini Generasi Ke-5. Galaxy Unpacked bulan Julai memperkenalkan 7 peranti utama yang pasti akan memberikan gadget terbaik untuk peminat Android sedunia. Ini First Impression Samsung Galaxy Z Fold5 Unpacked 2023 yang saya sendiri terokai bersama Samsng Malaysia.
Dengan pelancaran ketika majlis Galaxy Unpacked July 2023 yang dipancarkan secara Langsung dari bandaraya Korea ke seluruh dunia, Samsung memperkenalkan Galaxy Z Fold5, Galaxy Z Flip4, Galaxy Watch 6, Galaxy Watch 6 Classic, Galaxy Tab 9, Tab 9+ dan Tab 9 Ultra. Setiap peranti ini, pasti akan membuatkan anda merasai dunia teknologi telekomunikasi moden yang sebenar.
Baca : Review Samsung Galaxy Z Fold4
First Impression Samsung Galaxy Z Fold5 Unpacked 2023
Kami geng-geng media dibawa untuk menyertai acara ini secara maya dan diberikan peluang untuk melihat dan merasai sendiri kehebatan peranti terbaru dari Samsung Malaysia. Peluang terbaik untuk mencuba, meneroka kecanggihan Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5 yang ternyata jauh lebih baik dari Generasi Ke-4 setahun yang lepas.
Paling mencuri tumpuan saya, adalah Galaxy Z Fold5 yang lebih nipis, lebih kemas dan lebih padu berbanding model sebelum ini. Tidak hanya nak bandingkan processor, tapi dari segi kemasan, keutuhan binaan baru ini memang sangat menarik. Ia pasti peranti telefon pintar paling mewah terbaik dari semua jenama telefon pintar jenama-jenama lain.
Sejak dari model pertama lagi memang model Fold ini menjadi pilihan saya. Namun, diakui ia antara model premium dengan harga yang agak mahal berbanding model Samsung lain kerana binaan teknologi telekomunikasinya yang jauh lebih hebat.
Sebelum ini saya sendiri menggunakan Galaxy Z Flip3 dan memang ia sangat terbaik. kecil, boleh lipat, gambar yang sangat cantik kala nak dibandingkan dengan model lain. Untuk saya saiz lipat seperti ini, nak letak dalam poket seluar depan atau sisi jaket tepi memang sangat terbaik.
%nbsp;
Sejam kami di dalam bilik yang penuh dengan gajet terbaru dari Samsung. Ia memukau ramai geng media serta tetam yang datang. Sudah pasti masing-masing sudah berkira-kira unntuk dapatkan model mana pilihan hati.
Untk kami, pastinya Galaxy Z Fold5 adalah paling terbaik… Tolong belikan untuk saya satu unit boleh?