• Fri. Sep 22nd, 2023

Fish Feeding City Park Seremban 2

1392476631799-712131

Pertama kali sampai di City Park Seremban 2 sebab anak sepupu ajak nak pergi tengok ikan-ikan di Taman Tasik City Park ini. Katanya kat sini ada banyak ikan keli afrika dan juga ikan kap yang besar.

Lokasi City Park Seremban 2 ini cuma sekitar 5 kilometer dari bandar Seremban. Kawasan ni agak baru tetapi diwaktu petang memang ramai penduduk sekitar beriadah kat sini. Antara aktiviti utama, bagi makan ikan di tasik City Park Seremban 2.

Anda boleh bawa sendiri makanan ikan atau roti dari rumah atau boleh beli makanan ikan dan roti dari peniaga sekitar taman tasik dengan harga RM1 setiap satu. Murah jer.

City Park Seremban 2

City Park Seremban 2

Anda boleh duduk sepanjang jambatan dan bagi ikan makan. Anda akan teruja melihat beribu-ribu ikan yang timbul terdiri dari ikan keli Afrika, ikan Kap dan pelbagai jenis ikan sungai yang lain.

Memang seronok layan bagi ikan makan ni. Kalau anda bernasib baik boleh lihat saiz ikan keli Afrika yang besar timbul untuk makan roti yang anda lempar ke dalam tasik.

Kalau ada sekitar Seremban, jangan lupa la bawa keluarga dan anak-anak ke City Park Seremban 2, banyak aktiviti berfaedah yang anda boleh buat kat sana.

Glamorous MrJocko

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.