Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Keunikkan Fishermans Wharf Tamsui Taiwan

Fishermans Wharf Tamsui (dalam Bahasa Cina: 淡水 渔人 码头) ialah satu tempat yang sangat indah di hujung barat Daerah Tamsui, New Taipei City, Taiwan. Kawasan ini, sebelumnya dikenali sebagai “Pusat Perikanan Memancing Kedua Tamsui”.

 

Di tebing kanan muara sungai Tamsui, terdapat sebuah pelabuhan perikanan yang penting dalam sejarah awal utara negara Taiwan. Tamsui Fisherman Wharf terkenal kerana pemandangan matahari terbenam yang indah serta pilihan makanan laut yang segar. Walau bagaimanapun, di Fishermans Wharf Tamsui ini juga, ada kemudahan taman bersiar-siar untuk masa lapang di samping masih lagi berfungsi sebagai pelabuhan untuk bot nelayan.

Fishermans Wharf Tamsui

 

 

Di Fishermans Wharf Tamsui ini lah terletak lokasi penggambaran Filem-filem Taiwan yang terkenal iaitu Love Bridge. Ia sangat sinonim dengan banyak filem dan drama Taiwan. Di bina pada Julai 2004, Love Bridge semakin lama semakin menjadi tumpuan pelancong dan semakin terkenal seluruh Taiwan.

 

 

 

Fishermans Wharf Tamsui

 

Fishermans Wharf Tamsui

 

Fishermans Wharf Tamsui

 

Fishermans Wharf Tamsui

 

 

Lokasi Fishermans Wharf Tamsui ini cuma sekitar 25 km dari bandaraya Taipei dan memerlukan sekitar 1 jam perjalanan menggunakan lebuhraya. Tak jauh dan ia mudah di akses. Lokasi sekitar Tamsui pun memang ada banyak tempat menarik seperti Old Street Market Tamsui. 

 

Tak rugi kalau ke Fishermans Wharf Tamsui kerana anda akan teruja dengan senibina Jambatan Cinta (Love Bridge) di sini. Kalau hujung minggu, ramai yang berkunjung ke sini dan mengambil peluang untuk bersiar-siar bersama keluarga.

 

Jadi, kalau anda ke Taipei, wajib singgah di Tamsui Fishermans Wharf ini. Ia lokasi yang cantik dan punyai tarikan pelancongannya yang tersendiri. 

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.