Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Flight Dari Kuala Lumpur Ke Pulau Belitung Laskar Pelangi

Beberapa bulan lalu ada rakan bertanya tentang bagaimana nak ke Pulau Belitung dari KLIA. Ini kerana, view dan pulau yang ada di sekitar Kepulauan Belitung memang menakjubkan. Oleh itu, MrJocko kongsi serba sedikit info tentang Flight Dari Kuala Lumpur Ke Pulau Belitung Laskar Pelangi untuk rujukan anda.

Kalau dari Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta dahulu. Untuk penerbangan ini, anda boleh memilih untuk menggunakan MAS, AirAsia, Garuda Airlines atau banyak lagi syarikat yang menawarkan servis penerbangan dari dua buah Ibu Negara ini.

Paling murah setakat ini, tiket penerbangan menggunakan AirAsia dari KLIA ke Jakarta Airport dengan harga sekitar RM300.

Baca : Belitung Indonesia Lokasi Penggambaran Filem Laskar Pelangi

 



 

Flight Dari Kuala Lumpur Ke Pulau Belitung Laskar Pelangi

Flight Dari Kuala Lumpur Ke Pulau Belitung Laskar Pelangi
 

Kemudian, dari Jakarta anda juga boleh memilih beberapa penerbangan yang menyediakan khidmat terbang dari Jakarta ke Lapangan Terbang Tanjung Pandan (TJQ), yang mana terletak di Pulau Belitung. Menurut ramai pengembaran dan travel agent di sini, yang selalu dikatakan harga tiket murah ialah menggunakan penerbangan Citilink Indonesia.

Mungkin kalau anda pandai pilih tarikh dan penerbangan, banyak lagi airlines lain tawar harga tiket murah ke Bangka Belitung Tanjung Pandan Airport.
 

Flight Dari Kuala Lumpur Ke Pulau Belitung Laskar Pelangi flight-kuala-lumpur-ke-belitung-laskar-pelangi-02 Flight Dari Kuala Lumpur Ke Pulau Belitung Laskar Pelangi

 

Kalau ikutkan harga, KLIA ke Jakarta sekitar RM300 dan Jakarta ke Tanjung Pandan sekitar RM350, jumlah untuk penerbangan pergi dan balik boleh cecah hingga RM1500. Itu kalau menggunakan penerbangan. Jika nak murah, anda boleh naik bot dari Jeti Tanjung Priok, Jakarta menuju ke Pulau Belitung. Kalau naik bot ke Belitung, anda cuma bayar sekitar Rupiah 200,000 sahaja (RM70) untuk satu perjalanan.

So, anda dah tahu bagaimana nak ke Pulau Belitung, Laskar Pelangi di Indonesia. Saya juga dan kongsi bagaimana nak travel murah ke Belitung dengan menggunakan bot dari Jeti Tanjung Priok. Kalau ada rezeki lebih, kita naik la Flight Dari Kuala Lumpur Ke Pulau Belitung Laskar Pelangi. Lebih cepat dan mudah.

Apa yang menarik di Pulau Belitung? Banyak aktiviti yang boleh anda cuba di sini. Pulau kecil tetapi ia akan memberikan anda kepuasan percutian pulau yang terbaik dengan bajet yang sederhana.

Jom travel ke Indonesia #WonderfulIndonesia

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.