Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia

Flores antara destinasi pelancongan yang belum ramai terokai. Yang ramai tahu, di sana ada Biawak Komodo. Lapangan terbang utama di Flores ialah Bandar Udara Komodo. Untuk info percutian korang, MrJocko nak kongsi cara mudah Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia. Mana tahu, korang teringin nak terokai pulau yang indah ini.

Sebelum ini, ramai ke Flores lebih mengenali Bandar Udara Komodo dengan aktiviti melawat pantai dan juga ke Pulau Komodo. Tetapi, tidak ramai yang sempat singgah ke perkampungan Wae Rebo yang terletak di jauh bahagian pendalaman, sebelah Kepulauan Nusa Tenggara (East Nusa Tenggara, Indonesia). 

Baca : Lokasi Tersembunyi Misteri Indonesia Wae Rebo Village Manggarai

 


Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia

Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia
 

Untuk jadual perjalanan yang lebih mudah dan cepat, kami menaiki pesawat AirAsia dari KLIA2 menuju ke Denpasar Airport, Bali, Indonesia. Penerbangan seawal jam 7.40 pagi dan kemudiannya sampai di Bali Airport jam 10.45 pagi. Penerbangan dari KLIA2 ke Bali memakan masa selama 3 jam. 

Selesai urusan masuk di balai ketibaan di Denpasar Airport kami terus ke bahagian penerbangan Domestik. Kali ini kami menaiki penerbangan Garuda Air dari Bali ke Bandar Udara Komodo di Pulau Flores. Kalau kebiasaannya, lapangan terbang ini dikenali sebagai nama Labuan Bajo.
 

Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia
 

Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia

 

Penerbangan kami dari Bali ke Labuan Bajo berlepas pada jam 2.10 petang dan dijangka sampai di Bandar Udara Komodo pada jam 3.10 petang.

Memandangkan perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bali ke Labuan Bajo hanya memakan masa selama 1 jam, kami menaiki penerbangan Garuda Air ATR72-600. Pesawat kecil ini biasanya boleh membawa sekitar 68 hingga ke 78 penumpang dalam setiap penerbangan. 

Kalau jenis yang tak biasa terbang dengan pesawat kecil, pasti korang akan rasa gayat kerana ia agak mudah bergegar jika diatas udara kerana gegaran angin dan juga awan.

 

Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia

 

Pengalaman terbanik terbang setakat ini di Indonesia, perjalanan dari Bali ke Labuan Bajo memang mengagumkan. Pemandangan dari atas menyaksikan kami melihat pemandangan puncak Gunung Rinjani, Gunung Tambora dan juga Pulau Sangeang. Ia sesuatu yang menakjubkan dan berbaloi untuk di lihat dari pesawat. Subhanallah, ia satu pemandangan yang sangat cantik dan luar biasa.

 

Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia

 

Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia ini melalui Pulau Mataram, West Nusa Tenggara dan kemudian Taman Nasional Komodo sebelum mendarat di lapangan terbang Labuan Bajo yang dikenali sebagai Bandar Udara Komodo.

Kami selamat sampai di Labuan bajo sekitar jam 2.10 petang dan urusan ketibaan dan imigresen juga agak mudah kerana lapangan terbang ini tidak la sesak dengan ramai pengguna.

 

Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia Flight Ke Pulau Flores Labuan Bajo Airport Di Indonesia

 

Ia satu pengalaman baru dan ia memang menjadi satu kemestian untuk pengembara jika nak cuba satu kelainan bercuti di tempat menarik di Indonesia. Selain Pulau Komodo, ada banyak lagi tempat menarik di Flores yang boleh kroang terokai. 

Tunggu cerita travel MrJocko ke Pulau Flores, Wae Rebo dan juga destinasi pekan kecil Ruteng. Sementara itu, boleh layari laman web Wonderful Indonesia Flores Tourism

Baca cerita Flores di link ini www.mrjocko.com/tag/flores

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.