Floating Garden Observatory Di Umeda Sky Building Osaka
|Umeda Sky Building menjadi ikon yang terkenal di Osaka. Di atas puncaknya, ada satu lagi tarikan untuk pelancong yang dikenali sebagai Floating Garden Observatory Di Umeda Sky Building Osaka. Ia menjadi salah satu lokasi santai yang boleh anda cuba jika melancong ke Osaka.
Platform pemerhatian ini adalah jambatan yang menghubungkan kedua-dua menara Bangunan Sky Umeda, yang bumbung mempunyai bentuk donut yang memberikan pandangan 360 darjah. Sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan anda boleh juga secara langsung merasa angin sejuk dingin yang berada pada ketinggina 170 meter.
Lebih menarik, dari Floating Garden Observatory ini, anda bukan hanya boleh melihat bandar Osaka tetapi berpeluang untuk melihat sejauh Awaji Island.
Floating Garden Observatory
Untuk ke sini, mudah sahaja. Boleh guna subway menggunakan line Umeda Station, Higashi Station, Nishi Station atau guna JR Line Osaka. Jalan kaki selama 5 minit dan anda akan sampai di bangunan Umeda Sky Building Osaka.
http://www.mrjocko.com/2016/09/umeda-sky-building-bangunan-terkenal-di-osaka-jepun.html
Untuk masuk ke Floating Garden Observatory di Umeda Sky Building ini, anda perlu membayar 1000Yen untuk dewasa, 700Yen untuk College dan 500Yen untuk pelajar sekolah. Untuk lebih mudah, gunakan Osaka One Day Pass yang lebih murah.
Floating Garden di Umeda Sky Building ini mula dibuka seawal jam 10.00 pagi dan akan ditutup pada jam 10.00 malam. Kalau musim sejuk, boleh la ke sana waktu siang. Sebab selalunya angin sejuk memang buatkan kita yang tak biasa dengan cuaca sejuk akan menggigil.
Ini pengalaman baru untuk MrJocko berada di atas Taman Tergantung di Umeda Building ini. Menarik juga bila dapat melihat pemandangan bandar Osaka, sungai yang menjadi nadi kehidupan bandar ini sejak lama serta pemandangan bangunan lain yang berada sekitarnya.
Nak singgah ke Osaka? Terbang dengan AirAsiaX dari KLIA2 menuju ke Kansai Airport.