Food Photography Guna Smartphone Samsung Galaxy J7+
|Peminat food photography kini tak perlu lagi risau kalau terlupa bawa kamera DSLR atau kamera Kompak. Ini kerana nk lebih mudah tetapi hsil gambar cantik boleh guna smartphone Samsung Galaxy J7+. Lihat sahaja beberapa gambar Food Photography Guna Smartphone Samsung Galaxy J7+ seperti di bawah ini.
Sudah jadi kebiasaan orang Malaysia, sebelum makan, pasti akan berkongsi gambar makanan dengan rakan sosial di laman media sosial seperti Facebook, Instagram atau Twitter. Bukan nak menunjuk, tetapi lebih kepada mahu berkongsi apa yang mereka makan pada masa itu.
Food Photography Guna Smartphone Galaxy J7+
Bukan ramai yang pandai dalam bidang photography. Tetapi, dengan smartphone Samsung Galaxy J7+, kalau pandai ambil ‘sudut gambar yang elok’ sudah pasti akan memberikan hasil gambar makanan yang cantik.
“Gambar secara umum adalah satu cara yang bagus untuk merakamkan kenangan dan memperkenalkan orang ke tempat dan makanan baru. Ia cara lebih mudah dan terbaik untuk mereka yang sukakan mengenai “terapi makanan” dengan melihat hidangan makanan yang sedap. Dengan ini, kami berbangga untuk membawa anda Samsung Galaxy J7 + dengan kamera belakang dual hebat yang membolehkan fokus lebih baik, depth of field dan kejelasan yang lebih tajam, “kata KM Liew, Ketua IT & Mobile Business, Samsung Malaysia Electronics .
Food Photography Guna Smartphone Samsung Galaxy J7+
Dengan bertambahnya banyak bilangan ‘photographer amatur’ menggunakan smartphone ia meningkatkan bilangan perkongsian media sosial di hujung jari. Sebab itu, idea Samsung telah membina kamera mudah alih untuk kegunaan harian yang ideal dengan menggunakan kamera dual di belakang smartphone Galaxy J7+. Kualiti kamera belakang (13MP f1.7 + 5MP f1.9) membolehkan tahap fotografi telefon pintar ini menjadi lebih cantik dan tajam. Kata peminat foto, gambar menghasilkan bokeh yang cantik ada di smartphone Samsung Galaxy J7+ ini.
Pengguna juga boleh mencuba fungsi foto pseudo-profesional menerusi mod fotografi Live Focusnya. Ciri ini membolehkan pengguna menyesuaikan kesan latar belakang (bokeh) sebelum dan selepas foto diambil. Fungsi ini menjadikannya sangat mudah untuk merakam foto-foto makanan yang bermutu tinggi setiap masa.
Food Photography Guna Smartphone Galaxy J7+
Di samping itu, kamera belakang dan kamera depan dua peranti juga dilengkapi dengan aperture aperture 13MP f1.7 + 5MP f1.9 (belakang), dan kanta 16MP f1.9 (depan) yang lebih baik untuk menangkap foto yang lebih cerah dan lebih estetik dalam keadaan cahaya rendah.
Baca juga MrJocko Gadget Review
Dengan kualiti kamera dan hasil gambar yang cantik dari Galaxy J7+ sudah pasti ramai yang akan berani mencuba menggunakan smartphone ini. Buat masa ini, ia dijual dalam dua warna, Perak dan Hitam. Harga jualan Galaxy J7+ di Malaysia bermula dari harga RM1,599.
Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy J7+, lawati laman web rasmi di link http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-j7plus-sm-c710/.