Saya tahu, dalam ramai-ramai pembaca blog Travel Blogger Malaysia MrJocko, ramai yang kaki makan dan suka menu masakan India. Ini informasi untuk korang semua. Nak kongsi pengalaman sendiri minggu lepas, selepas buat Food Review Anjappar Chettinad Bangsar Menu Asli Dari India.
Restoran Anjappar Chettinad Bangsar adalah salah satu dari rangkaian restoran Anjappar dibeberapa lokasi diseluruh dunia. Ia mula diasaskan di Chennai, India. Mereka adalah pelopor yang memperkenalkan makanan ‘Chettiars’ kepada umum.
Kini, restoran tersebut mempunyai rangkaian restoran di Sri Lanka, Singapura, Australia, Amerika Utara, Timur Tengah, Arab Saudi dan juga di Malaysia.
Di Malaysia, mereka mempunyai 5 restoran yang masih beroperasi di kawasan Bangsar, Brickfields, Lebuh Ampang, Jalan Bunus dan Petaling Jaya.
Restoran Anjappar Chettinad Bangsar
Mungkin ramai akan kata, menu masakan Asli India di sini lebih kurang sama dengan menu makanan kedai Mamak? Salah, sangat berbeza dengan menu makanan di restoran Mamak yang biasa kita makan. Ini menu asli yang menggunakan rempah ratus dan resipi asli dari negara India, dipadankan dengan menu citarasa Malaysia.

Untuk pertama kali ke Anjappar Chettinand Bangsar ini, MrJocko cadang korang untuk cuba menu special mereka terus. Atau, nak mudah, pilih sahaja menu favourite yang selalu dipesan oleh pelanggan restoran. Jangan bimbang, staff di sini boleh membantu.
Jika korang tak tahu nak pilih apa, MrJocko cadangkan korang pilih seperti menu yang kami sekeluarga cuba. Pilihan untuk pembuka selera, kami ambil Chicken Lollypop. Untuk menu utama, mesti cuba Nasi Beriani Rusa (Deer Biriyani) dan Nasi Beriani Ayam Belanda (Turkey Biriyani). Dua set ini, nasinya cukup sebenarnya untuk 3 – 4 orang makan.
Sebagai menu tambahan, boleh pesan Udang Goreng Kari, Kari Kambing, Omelet dan juga sayuran kalau mahu. Menu yang MrJocko makan ini, sangat cukup untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak.



Baca : MrJocko sebagai Food Blogger Malaysia
Mula-mula masuk ke Restoran ini, suasana memang berbeza dengan restoran Mamak biasa. Ia antara restoran yang sedikit eksklusif kepada peminat makanan asli dari negara India.
Yang pasti, wife dan anak-anak MrJocko suka menu di sini. Walaupun ia adalah menu dari India, tetapi cara masak dan rasanya tidak seperti kebanyakkan menu di restoran Mamak yang biasa.
Cuba sendiri, ia pasti menu lain dari yang lain bagi korang belum pernah cuba.
Lokasi restoran Anjappar Chettinad Bangsar ini mudah saja nak cari. Ia terletak di tepi jalan besar. Nak lebih mudah, Google atau Waze ke lokasi alamat :
No 56, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59000 Kuala Lumpur,
Wktu Operasi : 9.00am pada 11:30pm
Telefon: 03-2288 1508
Website : www.anjappar.com
Penghantaran : foodpanda.my