Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Food Review Biskut Durian Cookies Musang King Cuma RM2.10

Rasa macam lambat musim duiran kat Malaysia tahun ni. Kalau tak, boleh kata hari-hari lihat longgokan durian dijual ditepi jalan. Kali ni susah pulak nak lihat bakul buah durian tak seperti tahun-tahun yang lepas. Tapi sebab mengidam nak makan, kita try dulu Food Review Biskut Durian Cookies Musang King Cuma RM2.10 di supermarket Ninso Kuala Lumpur.

Kebetulan beberapa hari lepas singgah kat kedai serbaneka Ninso Kuala Lumpur nak cari peralatan untuk sekolah anak-anak, tetapi terjumpa pulak paket Biskut Durian ni dijual di sini. Harga satu paket cuma RM2.10 dan ia mengandungi 5 pcs biskut durian.

Baca : Jenis-jenis Durian Yang Sedap di Malaysia

 


Food Review Biskut Durian Cookies Musang King Cuma RM2.10

Food-Review-Durian-Cookies-Musang-King-Cuma-RM2.10-01 copy

Food-Review-Durian-Cookies-Musang-King-Cuma-RM2.10-02
 

Kalau mengikut apa yang tertulis di kotak Durian Cookies ini, ia adalah biskut duiran yang dibuat dengan campuran durian premium Musang King. Nak pastikan betul atau tidak susah sini sebab ia dah jadi biskut, rasa hampir sama. Kalau masih dalam bentuk buah durian asli, mungkin senang nak kenal.

Apa pun, dari segi rasa, ia memang ada rasa yang sedap, ada bau durian premium dan berbaloi jugak la dengan harga RM2.10 bagi 5pcs biskut.

Yang lagi penting, biskut Durian Cookies Musang King ini adalah halal, melihat kepada Cop Halal Jakim yang tertera di atas kotak bungkusan.
 

Food-Review-Durian-Cookies-Musang-King-Cuma-RM2.10-03

Food-Review-Durian-Cookies-Musang-King-Cuma-RM2.10-04

Food-Review-Durian-Cookies-Musang-King-Cuma-RM2.10-05
 

Bagi mereka yang memang rindu nak makan durian tambah lagi jenis musang king, mungkin boleh cuba biskut Durian Cookies ni. Senang sahaja nak beli, boleh cari di outlet supermarket Ninso berdekatan. Packaging cantik dan kemas, rasa pun memang sedap.

Kalau dah cuba dan nak makan banyak, boleh la borong beberapa kotak untuk buat kudapan di rumah sempena musim PKP ni. Kalau dengan kemasan bungkusan seperti ini ia mungkin boleh tahan lama dan mengekalkan rasa sedap dan rangup pada biskut ini. Kalau tak silap, ia adalah kualiti untuk import.

Cuba dulu ya, kalau sedap, boleh la beli lagi…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.