Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Buka Puasa Dengan Nasi Lemak Atuk KFC

Lama dah viral menu popular terbaru di Restoran KFC Malaysia ni. Kami je baru sempat nak singgah cuba. Kebetulan hari semalam tak masak untuk berbuka, kami pilih untuk makan di luar. Apa lagi, Si Bongsu mintak nak berbuka puasa di KFC. Jadi, ini peluang kami untuk Food Review Buka Puasa Dengan Nasi Lemak Atuk KFC. Kata orang, menu dia sedap.

Memandangkan kami berlima, kami order satu set Nasi Atuk KFC (Nasi Lemak) dan Family Bucket 9pcs Ayam Goreng bersama Cereal Cheezy Fries Large. Cukuplah dulu untuk kami berbuka ala kadar, sebab wife dan anak-anak masing masing bukan jenis makan banyak.

Baca : Menu Paling Sedap di Restoran KFC Malaysia

 


Food Review Buka Puasa Dengan Nasi Lemak Atuk KFC

Buka Puasa Dengan Nasi Lemak Atuk KFC 3 copy

Buka Puasa Dengan Nasi Lemak Atuk KFC 4

Buka Puasa Dengan Nasi Lemak Atuk KFC 5

Buka Puasa Dengan Nasi Lemak Atuk KFC 6
 

Sebenarnya, semalam kami dah lewat ke restoran. Jam 7.00pm baru nak cari tempat makan. Nasib baik, masih ada meja untuk kami ngam-ngam 5 orang. Lepas tu, tiba-tiba orang ramai untuk ambil order. So, agak kelam kabut juga. Sampaikan bila makanan sampai, waktu berbuka dah lepas. Nasi baik ada nugget boleh kami batalkan puasa terlebih dahulu.

Bila dah sampai makanan, masing-masing lupa nak ambil gambar satu hidangan. Maklumlah, masing-masing kelaparan. Maafkan kami, saya mampu ambil seketul ayam goreng KFC dengan Cereal Cheezy Fries sahaja.
 

Buka Puasa Dengan Nasi Lemak Atuk KFC 2
 

Secara peribadi, kombinasi Nasi Atuk KFC ni memang berbaloi untuk di cuba. Dengan harga Nasi Atuk KFC yang berbaloi dengan kombinasi hidangannya. Untuk info, Nasi Atuk KFC ni mempunyai 3 variasi lauk iaitu 1 ketul ayam, 2 ketul ayam dan juga Hot & Spicy Zinger Fillet yang memang sedap.

Adakah sebab sudah lama tak makan menu hidangan Ayam KFC, hinggakan tiba-tiba kali ini merasakan menu Nasi Atuk KFC dan Ayam Goreng kat sini sangat sedap? Atau sebab mungkin kami lapar berpuasa, bila dapat makan, semua makanan rasa sedap???

Secara jujur, menu terbaru di KFC ini memang rasa sedap. Semalam, berbuka dengan ayam Goreng KFC, sangat berpuas hati. Rasa ayam dia ngam, ada garing, cukup rempah dan memang puas hati. Nasi pula, dengan kualiti beras, ia memang tidak mengecewakan.

Teringin nak makan di Restoran KFC? Atau nak lihat banyak lagi menu sedap dan terbaru dari Kentucky Fried Chicken, boleh layari laman web rasmi mereka www.kfc.com.my

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.