Food Review Capati Kari Kambing Jalan Duta Kuala Lumpur
|Pernah beberapa kali makan Capati Kambing di Duta Capati, Food Court Medan Jalan Duta, Kuala Lumpur ni. Sebelum ni, sudah cuba Capati dengan Kari Daging Lembu. Hari ini, singgah untuk sekali lagi cuba menu Kari Kambing pulak. Sebab ini, entry kali ini nak kongsi Food Review Capati Kari Kambing Jalan Duta Kuala Lumpur.
Sebelum ni pernah makan Capati dengan Kari Ayam, Capati dengan Kari Daging. Rasa capati kat sini lain sikit, sebab tukang masak Melayu. Kalau tempat lain selalunya tukang masak adalah Mamak atau India. Kat sini Duta Capati, owner dan tukang masak adalah orang Melayu kita.
Baca : Cari Pelan Rumah Banglo Cantik Tetapi Murah Dan Mampu Milik
food review, capati kambing, capati jalan duta, capati sedap, Food Review Capati Kari Kambing Jalan Duta Kuala Lumpur
Set harga Capati dan seketul Kari Kambing cuma RM9 sahaja. Tak mahal dan tak murah. Harga berpatutan dengan kualiti dan saiz pinggan. Dengan saiz sederhana, rasa kari daging kambing yang lembut dan sedap, memang berbaloi untuk dicuba. Kalau tak silap, sejak awal pagi lagi menu ini sudah ada untuk hidangan sarapan pagi.
Untuk mereka yang nak datang ke sini, ada ruang parkir mudah di sini, boleh parkir tepi jalan besar, bersebelahan dengan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta. Kalau naik motorsikal lagi la mudah, banyak ruang parkir.
Secara peribadi rasa kari daging kambing kat sini memang lembut. Tak perlu risau nak gigit, masuk dalam mulut jer terus rasa rempah dengan rasa daging kambing yang enak. Tak ada bau hamis, semestinya kalau korang peminat daging kambing, kari kambing sini memang sedap.
Kalau tak nak makan dengan Capati, ada pilihan nasi dan juga nasi beriani. Boleh padankan dengan lauk kegemaran korang samada ayam, kari daging atau kari kambing. Semua berbaloi untuk korang cuba satu persatu.
Kalau berada sekitar Kuala Lumpur, boleh cari lokasi di Google Maps atau klik sini Duta Capati & Duta Beriani Kuala Lumpur.