Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Chicken Man Ameyoko Plaza Ueno Halal Muslim

Mencari menu halal di negara Jepun bukannya susah. Ada banyak pilihan makanan halal termasuk restoran, gerai makanan street food dan juga di beberapa kedai Serbaneka seperti Family Mart dan juga 7-Eleven. Kali ini, saya nak kongsi pengalaman Food Review Chicken Man Ameyoko Plaza Ueno Halal Muslim.

Ia terletak berhadapan dengan pintu masuk Ameyoko Building di bahagian tengah dan terletak di bahagian jualan barang basah makanan laut, tak jauh dari Pintu Gerbang Ameyoko UENO. Senang je nak cari kedai makanan halal ni.

Food Review Chicken Man Ameyoko Plaza Ueno Halal Muslim

Food-Review-Chicken-Man-Ameyoko-Plaza-Ueno-03 copy
 

Sebelum ini, sudah hampir 5 kali saya ke sini dan pernah sekali makan di sini beberapa tahun yang lepas. Kali ni, bila pergi dan cari dilokasi asal, ia sudah berpindah ke lokasi baru. Tak jauh dari lokasi lama, tetapi ia agak mengelirukan pada mulanya.

Katanya, pihak pengurusan sini menyusun kembali beberapa lokasi kedai untuk kemudahan pengguna dan pembeli.
 

Food-Review-Chicken-Man-Ameyoko-Plaza-Ueno-01

Food-Review-Chicken-Man-Ameyoko-Plaza-Ueno-04
 

Baca : Makan Doner Kebab Halal di UENO

Menu ayam dan beberapa menu kat sini dijamin Halal oleh pihak berkaitan termasuk diakui oleh beberapa laman web yang mencadangkan destinasi makanan halal di Jepun termasuk laman web Halal-Navi.

Kalau seharian ke sini, memang tak puas kerana ada banyak tempat menarik yang boleh kita singgah untuk membeli belah. Selepas shopping, boleh singgah untuk isi perut dengan cuba menu Halal Muslim di Chicken Man. Menu pilihan jika anda datang bertiga atau berempat ialah Whole Chicken yang berharga JPY1500 (RM60). Kemudian minta Nasi, InsyaAllah kenyang sampai ke Malam.

Menu lain pun ada. Nak makan Set Ayam biasa pun boleh, cuma JPY600 termasuk Nasi dan JPY800 Ayam dan Kentang. Kalau nak diet, beli sahaja 1/4 ayam, cuma JPY500. Menu halal lain termasuk kentang goreng, burritos, salad dan beberapa menu lain yang memang sedap.

Boleh cari lokasi kedai ini di Carian Google Maps atau untuk mereka yang mencari alamat Restoran Halal Chicken Man, boleh terus google di carian 4-7-8 Ueno, 1F Ameyoko Center Building., Taito-ku, Tokyo, 110-0005 Japan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.