Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Gerai Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda

Mencari Nasi Berlauk dan Nasi Kerabu yang sedap sekitar Kuala Lumpur, kami syorkan anda cari lokasi popular ini segera. Berkesempatan singgah untuk merasai sendiri menu makanan yang sedap di Gerai Kak Zah Nasi Berlauk. Memang berbaloi. Sebab itu, kena kongsi pengalaman kami Food Review Gerai Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda Kuala Lumpur.

Terletak di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Muda Kuala Lumpur, gerai ini dibuka seawal jam 7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari dari hari Selasa hingga hari Ahad. Hari Isnin tutup. Menu utama di sini adalah menu masakan pantai timur, seperti nasi berlauk, nasi kerabu, nasi lemak, berserta pelbagai jenis kuih muih tradisional dan moden.

Baca : Nasi Berlauk Sedap Pilihan Saya

Gerai Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda

 


Food Review Gerai Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda KL

Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda
 

Gerai Kak Zah ini senang sahaja untuk anda cari kerana ia terletak di tepai jalan besar, di hadapan sekolah dan dibangunan Dewan Orang Ramai. Ada ruang parkir yang luas serta tempat duduk yang memang selesa dan luas.
 

Kami sampai di sini sekitar jam 8.00 pagi. Pelanggan sudah ramai yang beratur untuk mendapatkan makanan mereka. Separuh dari mereka beratur untuk bungkus makanan dan selebihnya memilih untuk menjamu selera di sini.
 

Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda

Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda
 

Kami hanya bertiga kali ini, memandangkan dua orang anak perempuan kami ada Hari Sukan di sekolah mereka. Sebab itu, kali ini kami memilih untuk mencuba Nasi Berlauk Ayam, Nasi Kerabu Daging Bakar dan Nasi Lemak Biasa sebagai pilihan sarapan pagi kami.

Menu sampingan, kami pilih untuk bawa balik Kuih Bakar, Cek Mek Molek, Pulut Kelapa Manis, Sosej Cheese dan juga Ondeh Ondeh. Kesemuanya hanya berjumlah RM30 sahaja, termasuk Kopi O dan Teh O Ais. Harga yang masih lagi murah untuk sarapan pagi.
 

Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda

Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda

Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda

Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda

Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda
Gulai Ayam

Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda
&nsbp;

Masa beratur tak lama, mungkin sebab susunan cara kerja dan layanan kepada pelanggan sangat efektif. Mereka buat kerja dengan cepat dan tak perlu risau menunggu lama. Kami hanya mengambil masa cuma sekitar 8 minit sahaja untuk mendapat apa yang kami minta dan ruang meja makan masih lagi ada kosong dan selesa.

Suasana agak santai, umpana berada di kawasan kampung. Kami makan agak selesa tanpa gangguan kucing liar atau gangguan lain.

Menu yang kami cuba kali ini boleh dikatakan berbaloi. Nasi Kerabu sedap, tetapi serbuk kelapa agak sedikit dan kami tak rasa sangat kelebihannya. Tetapi daging bakar memang lembut dan sedap.

Nasi Berlauk, memang ada asli masakan Kelantan. Sedap dan rasa rempah gulai. Sementara Nasi Lemak Biasa, berbaloi untuk di cuba hanya sebab harga yang murah. Tak ada istimewa sangat, cukup syarat sebagai nasi lemak.

Kak Zah Nasi Berlauk Kampung Batu Muda
 

Gerai ini memang popular dikalangan penduduk di sini. Ia antara gerai atau restoran yang agak besar dan selesa, disamping harga jualan yang masih lagi tidak mahal. Tak rugi mencuba menu kat sini, mungkin ada lagi lauk-pauk lain yang sedap untuk kita semua rasa.

Walaupun belum jumpa faktor Wow! dalam menu di Kak Zah Nasi Berlak Kampung Batu Muda ini, yang pasti kami akan ke sini lagi nanti untuk menu lain.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.