Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Greyhound Cafe Central World Bangkok

Hari pertama sampai di Bangkok, selepas check-in di bilik hotel Centara World Bangkok, kami di bawa untuk makan tengahari di salah satu restoran terkenal di Bangkok. Nama restoran ini ialah Greyhound Cafe Central World. Ia merupakan restoran fine dine yang berkonsepkan Thai Modern Fusion. Di sini, menu makanan Thai di oleh menjadi menu modern dan ia disediakan dalam bentuk fine dine.

Untuk info, restoran ini, ialah Greyhound Cafe Central World, Bangkok yang terletak di Tingkat 1, Central World Shopping Mall.

Baca : Food Court Hidang Menu Halal Di Bangkok Thailand

 


Food Review Restoran Greyhound Cafe Central World

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Masuk sahaja di restoran Greyhound ini, terasa seperti VIP pulak. Suasana cafe, susunan meja dan layanan di Greyhound Cafe Central World ini memang terbaik. Lihat saja dekorasi bunga ini, special untuk kami semua, rakan-rakan media dari Malaysia sempena FAM Trip Bangkok Chiang Mai.

Greyhound Cafe Central World

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Greyhound Cafe Central World

Greyhound Cafe Central World

Greyhound Cafe Central World

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Ini Ayam Goreng, tetapi MrJocko tak makan sebab, ia mungkin tidak disembelih.

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Antara menu yang sempat MrJocko rasa ialah Ketam Soft Shell, Crab Meat, Char Kuey Teaw, Salmon dan juga Spaghetti Udang. Menu ini antara menu yang terkenal di Greyhound Cafe dan menjadi antara menu utama di sini.

Menu lain kami terpaksa tolak dan bagi rakan-rakan media non-muslim mencuba sebab risau akan ada campuran yang tidak sepatutnya 🙂

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

 


Restoran Greyhound Cafe Central World Bangkok

Ini merupakan Teh Tarik yang dibekukan, kemudian ia di blend dan dihidangkan. memang sedap dan tidak pernah MrJocko jumpa sehingga berada di Greyhound Cafe.

Secara keseluruhan, menu makanan di Greyhound Cafe, Central World Bangkok ini boleh dikatakan sedap. Rakan-rakan non-muslim juga mengakui menu yang mereka makan memang sedap. 

Baca : Lepas makan banyak di Greyhound Cafe Central World Bangkok ini kena la ke Gym atau Fitness Centre untuk bakar kalori… 🙂

Tips untuk makan di Greyhound.

Jika anda mencari lokasi makanan halal di Bangkok, masih ada banyak yang boleh anda cari di bandar ini. Mungkin, anda susah untuk berkomunikasi atau mencari kedai yang sesuai. Namun, jika ingin mencuba menu di Greyhound, pastikan anda maklumkan kepada waiter atau manager yang anda seorang Muslim, dan tidak mahu makanan yang mempunyai sebarang berkaitan pork.

Sudah pasti kalau nak selamat, cari makanan seafood sahaja.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.