Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Food Review Kustom Cafe Tapah Perak Ada Menu Meatballs

Masa kami melancong ke Cameron Highlands tempohari, kami masih menggunakan jalan lama, Jalan Tapah – Cameron Highlands. Sebabnya, saya malas nak memandu hingga ke Simpang Pulai. Namun, kami puas hati, sebab kami lalu jalan lama di Tapah, kami sempat singgah di satu restoran unik milik kawan MrJocko. Ini adalah Food Review Kustom Cafe Tapah Perak Ada Menu Meatballs.

Lokasi restoran ini tidak jauh dari Tol Tapah. Terletak di tengah bandar Tapah, ia menawarkan pelbagai menu hipster, menu makanan tempatan dan menu western yang sebenarnya berbaloi untuk dicuba. Banyak yang menarik, tapi yang kami pilih ialah Meatballs dan juga Roti Bakar Goyang.

Baca : Cara ke Cameron Highlands ikut jalan lama Tapah – Cameron

 



 

Food Review Kustom Cafe Tapah Perak Ada Menu Meatballs

Food Review Kustom Cafe Tapah Perak Ada Menu Meatballs

Food Review Kustom Cafe Tapah Perak Ada Menu
 

Terletak di corner lot bangunan kedai lama di Tapah, tak jauh dari pusat tumpuan ramai. Ruang parkir yang luas dan selesa, ruang makan meja dan kerusi yang santai serta pemilihan dekorasi yang menarik. Ini antara kelebihan di 1108 Kustom Cafe.

Menu Makanan Kustom Cafe Tapah Perak
Menu Makanan Kustom Cafe Tapah Perak
Menu Minuman Kustom Cafe Tapah Perak
Menu Minuman Kustom Cafe Tapah Perak

Menu yang dihidangkan ada banyak pilihan. Antara yang popular ialah Nasi Goreng, Mee Goreng dan juga Roti Goyang. Kalau nak western, try la spaghetti atau meatballs.

Nak keunikan, cuba minum Teh Tarik atau Milo dari Cawan Koley. Awesome!!!

 



 

Food-Review-Kustom-Cafe-Tapah-Perak-04
Roti Goyang Kustom Cafe
Food-Review-Kustom-Cafe-Tapah-Perak-05
Meatballs Kustom Cafe

Food-Review-Kustom-Cafe-Tapah-Perak-06

Food-Review-Kustom-Cafe-Tapah-Perak-07
 

Paling suka makan kat sini, anak si Bongsu, Ayish. Pertama kali dia dapat hirup air teh tarik dalam cawan. Teringat masa kecik-kecik, ayah kitaorang selalu suruh minum dalam cawan sebab air senang suam dan mudah diminum.

Beberapa bahagian di Cafe ini memang boleh mengembalikan nostalgia kepada orang lama macam MrJocko. Ada motorsikal lama Honda Cup, ada basikal lama dan juga beberapa benda lain yang antik diletakkan sebagai dekorasi.

Suasana makan di sini agak tenang, dan semestinya harga sangat berbaloi untuk anda cuba. Nak tahu apa lagi yang menarik di 1108 Kustom Cafe, boleh layari laman Facebook mereka di 1108 Kustom Cafe Tapah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.