Site icon Travel Blogger Malaysia

Food Review Mamasab Dory Skin Salted Egg Harga RM29 Sebalang

Sebenarnya tak pernah dengar pun tentang Kudap-kudap Dory Skin Slated Eggs ni. Tapi kebetulan minggu lepas wife bawak balik sebalang, katanya beli order online, kongsi dengan kawan-kawan. Maka, beramai-ramailah kami mengadap produk viral Mamasab Dory Skin Salted Eggs ni. Ini pandangan peribadi, Food Review Mamasab Dory Skin Salted Egg Harga RM29 Sebalang.

Dari segi packaging, produk ni memang nampak menyerlah dengan kombinasi warna kuning dan juga tulisan pink. Design layout pada balang juga memang menarik. Kalau sekali tengok seperti balang Pringles dan Jacker yang biasa kami beli.

Peringatan : Ini Bukan Review Berbayar

Baca : Food Review Soft Shell Crab Goreng

Food Review Mamasab Dory Skin Salted Egg

 


Food Review Mamasab Dory Skin Salted Egg Harga RM29 Sebalang

Food Review Mamasab Dory Skin Salted Egg 02 copy

Mamasab Dory Skin Salted Eggs Harga RM29

Kemasan pembungkusan juga memang cantik dan ada kualiti. Isi kulit ikan Dory yang disalut dengan telur masin di dalam balang juga nampak dimasak elok dan menyelerakan. Kalau nak bagi markah, ya, saya bagi 9/10 untuk presentation dan packaging.

Untuk rasa, saya tidak berapa suka sangat rasa Kulit Ikan Dory ni. Tidak la masin sangat, boleh makan, tetapi ketika makan, dalam beberapa ketika akan rasa seperti ada rasa lain yang mungkin bukan citarasa saya. Mungkin juga sebab saya bukan penggemar ikan.

Mungkin bagi saya, rasa yang seakan bau hanyir itu perlu dikurangkan.

Apa yang saya faham produk ini adalah hasil resipi kulit ikan dory yang disalut dengan telur masin dan beberapa bahan-bahan lain dan dimasak kering. Untuk penggemar kudap-kudap, pasti ini akan jadi salah satu pilihan untuk anda.

nak beli kat mana produk Mamasab Dory Skin Salted Eggs?
Tak perlu risau, ada banyak agen yang kini menjual produk ini dan boleh anda beli secara COD atau Online di laman web Shopee, Lazada, Carousell, Mudah dab beberapa platform lain termasuk di Marketplace Facebook.

Untuk anda yang nak cuba dan nak tahu info pasal Mamasab Dory Skin Salted Eggs ni, boleh la tengok di pautan ini. Maaf, saya tak jumpa link rasmi mereka samada Website, Facebook, Instagram atau Twitter.

Nak cuba, boleh la try sendiri. Mana tahu menu seperti ini menjadi pilihan kudapan anda. Citarasa kita kan berbeza.

Exit mobile version