Site icon Travel Blogger Malaysia

Food Review Menu Halal Chinese Street Food Tanglin

Seingat saya, sudah berbulan tak jumpa street food yang sesedap ini. Menu klasik kaum Cina, tetapi dimasak oleh Tukang Masak Melayu yang saya rasakan dia seorang Muslim di Tanglin Food Court, Kuala Lumpur. Ini Food Review Menu Halal Chinese Street Food Tanglin.

Memang pada mulanya, saya lihat, boss mereka nampak seperti seorang Cina. Tetapi pekerja beliau, ada dalam 3-4 orang tukang masak dan pelayan, adalah melayu dan saya tak ragu-ragu untuk singgah makan di sini. Lokasinya terletak di bahagian belakang, Nasik Lemak Tanglin yang terkenal di Kuala Lumpur.

Baca : MrJocko Sebagai Food Blogger

Food Review Menu Halal Chinese Street Food Tanglin

Menu Halal Chinese Street Food Tanglin 02 Mee Kari Kerang copy
Mee Kari Kerang

Memandangkan ia sebuah gerai biasa, tak ada signboard atau nama kedai diletakkan disini. Tetapi setiap pagi, hujung minggu khususnya ramai yang singgah untuk makan disini.

Menu utama di sini adalah menu klasik masakan Cina seperti Char Kuey Teaw, Mee Kari, Mee Sup, Wantan Mee dan banyak lagi. Yang lain jarang saya makan, tetapi menu Mee Kari Kerang Chinese Style memang menjadi pilihan saya.

Char Kuey Teaw Kerang
Menu Halal Chinese Street Food Tanglin

Kali ini, kami order 2 char kuey teaw kerang dan satu mee kari kerang. Plan asal memang sekadar nak cuba dulu menu di sini. Last time saya singgah dengan member selepas Jog bulan lepas, hanya minum air Teh Tarik sahaja.

Untuk servis di sini, agak perlahan sikit. Ambik Order memang cepat, tetapi untuk dapatkan set menu yang ditempah, memakan masa antara 10 minit – 15 minit. Bagi saya, markah rendah untuk masa menunggu.

Tetapi bila dah sampai, rasa yang sedap Mee Kari Kerang dan Char Kuey Teaw Kerang Goreng akan buatkan anda rasa puas. Serius, rasa macam berbaloi untuk menunggu dan makan di sini, walaupun sekadar gerai bawah pokok dan ditepi hutan.

Untuk harga, boleh dikira berbaloi, tidak terlalu mahal dan tidak murah. Mungkin kalau portion menu ditambah sedikit, ia memang sangat-sangat berbaloi.

Untuk ke sini, Tanglin Food Court boleh cari di carian Google Maps.

Exit mobile version