Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Menu Klasik Di Kluang Station Kopitiam

Kaki Makan di Malaysia pasti akan setuju kalau kami katakan, lokasi restoran ini antara lokasi yang sesuai untuk anda mencari makanan klasik Malaysian yang berbaloi. Dari menu masakan Melayu dan beberapa menu popular seluruh Malaysia ada di sini untuk anda cuba. Kali ini kami nak kongsi cerita kami Food Review Menu Klasik Di Kluang Station Kopitiam. Diilhamkan dari sebuah daerah di Johor, ia kini sudah ada dibeberapa lokasi di kebanyakkan bandar besar seluruh Malaysia.

Kluang Station yang berasaskan konsep kedai makan kopitiam Cina, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Pasti anda pernah singgah di sini untuk makan hidangan klasik cara Malaysia yang dimodenkan. Menu-menu ini kebanyakkannya dibawa dari pilihan menu terkenal masyarakat malaysia, seperti nasi lemak, mee kari, laksa, sate dan banyak lagi.

Baca : Berbka Pasa di Klan Station Kopitiam

Food Review Menu Klasik Di Kluang Station Kopitiam

 


Food Review Menu Klasik Di Kluang Station Kopitiam


 

Kalau sebelum ini, ramai yang singgah di Kluang Station adalah sekadar untuk minum kopi dan juga roti bakar. Namun kini, ia sudah menjadi restoran pilihan untuk mencuba menu seperti nasi lemak, rendang daging, nasi ayam hainan, kari laksa, chicken chop, mee goreng mamak dan banyak lagi menu yang sedap-sedap.

Tidak lupa juga menu tambahan seperti kuih muih, ketupat palas, pulut lepa, keropok lekor, samosa sayur, roti bakar, telur separuh masak dan bermacam-macam lagi ada di restoran ini. Jangan terkejut, di sini juga ada karipap, bubur dan juga sate. Pasti menu ini akan buat anda terliur.
 


 

Untuk kali ini, kami mencuba Nasi Lemak Ayam, Spaghetti Aglio E Olio, Mee Goreng Mamak dan Roti Bakar. Pilihan ini untuk pelbagaikan menu, merasa pilihan popular makanan melayu, makanan india dan juga western food yang ada di sini. Sebenarnya, banyak lagi menu lain yang sedap, tapi kami tahan nafsu dulu, nanti ke sini lagi, kami akan cuba menu lain.

Kalau ditanya tentang rasa, memang tidak rugi datang ke sini. Suasana yang agak tenang, ruang meja makan selesa, servis agak cepat dan pastinya, setiap menu yang dihidangkan punyai rasa yang cukup dan sedap. Ada rasa keaslian, ada rasa authentic Malaysia dan ia berbaloi dengan harga.
 


 

Bagi anda yang nak mencuba, silakan. Pasti salah satu menu di sini akan membuatkan anda tersenyum kekenyangan. Menu klasik Malaysia yang semestinya berbaloi untuk anda cuba di Kluang Station Malaysia.

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.