Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Menu Makan Malam Halal Di Satun Riverside Resort

Masakan orang Selatan Thailand sebenarnya tak jauh beza dengan masakan kampung orang Utara Semenanjung Malaysia, seperti Perlis, Kedah, Perak dan juga Pantai Timur seperti negeri Kelantan. Ini kerana kita berkongsi satu sempadan. Ini adalah artikel tentang pengalaman saya, Food Review Menu Makan Malam Halal Di Satun Riverside Resort.

Malam pertama kami makan malam di Satun Riverside Resort, mereka menghidangkan menu halal, menu tradisional orang kampung di Selatan Thailand. Untuk informasi, pemilik resort ini adalah Muslim dan mereka memang menyediakan menu makanan Halal Muslim kepada semua tetamu dan pelanggan mereka.

Baca : Tempat Pelancongan Menarik di Hatyai Thailand

Food Review Menu Makan Malam Halal Di Satun Riverside Resort

Food Review Satun Riverside Resort

Food Review Satun Riverside Resort
 

Antara menu yang popular di Selatan Thailand semestinya Tom Yam dan juga Kari Hijau. Tak lupa menu Ikan Siakap Goreng atau Ikan Siakap Stim Limau. Tetapi kali ini, kami hanya sempat mencuba Kari Ayam Pedas di Satun ini dan juga Asam Pedas Ikan cara Thailand. Memang Pedas. Pedas tepapi memang sedap.

Menu lain, sayur campur dengan seafood dan juga menjadi pilihan kerana ia antara signature dish orang Muslim di Selatan Thailand. Di tambah dengan pencuci mulut buahan seperti tembikai yang menang manis, segar dari ladang orang Thailand sendiri.
 

Food Review Satun Riverside Resort
Asam Pedas Cara Thailand
Food Review Satun Riverside Resort
Kari Ayam Kampung Pedas Giler
Food Review Satun Riverside Resort
Ulam Thailand
Food Review Satun Riverside Resort
Menu Halal Muslim Di Satun Riverside Resort

Baca : Resort White Water Rafting Terbaik di Satun, Thailand.
 

Antara menu lain yang tidak terdapat dalam gambar termasuk Telur Dadar dan juga Tomyam Putih. Tak sempat nak ambil gambar sebab semua sudah kelaparan. Maklum lah, kami tak tahan dengan bau hidangan yang memang sedap-sedap di depan mata.

Layari Fanpage Satun Riverside Resort, Thailand.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.