Food Review Menu Makanan Restoran Korea DubuYo Sogo KL
|Sesekali di bulan puasa ni, teringin juga nak berbuka dengan menu antarabangsa. Sebab dah banyak kali jugak anak-anak mintak untuk cuba menu Korea di Restoran DubuYo. Paling dekat dengan kami, lokasi di Sogo KL. Sejam sebelum berbuka, kami bergegas ke sana. Nasib baik masih ada meja kosong. Ini kisah kami, Food Review Menu Makanan Restoran Korea DubuYo Sogo KL.
Terus terang, kami tak pernah singgah di restoran menu Korea ini. Tapi, sebab teringin nak cuba, kami ambil pelung untuk berbuka di sini. Di Sebabkan waktu berbuka dan dihujung minggu, ramai pengunjung telah lebih awal datang ke sini dan membuat tempahan. Penuh! Mesti menu di sini sedap.
Baca : Menu Makanan Korea Yang Paling Sedap
Food Review Menu Makanan Restoran Korea DubuYo Sogo KL
Restoran terletak di bahagian Food Court, tingkat atas bangunan membeli belah Sogo KL. Mudah sahaja nak cari.
Untuk kali ini, kami order Meal Set for 4 pax. Set ini mempunyai Soondubu Jigae, kami ambil daging. Tambahan Honey Garlic Bulgogi Ayam, Pa-Jeon dan juga Korean Spicy Wing. Menu lain termasuk Nasi Korea DubuYo, Air Teh Barli, Free Flow Korean Banchan dan desserts.
Menu lain yang best termasuk Spicy Toppokki, Spicy Seafood Ramyeon dan juga Spicy Chijuenara. Yang ni kalau tak nak pedas sangat boleh request bagi light pedas. Sebab bila makan nanti, kalau pedas sangat korang tak boleh rasa keenakkannya.
Mulan-mula ingatkan rasa dia tak kena dengan tekak kami. Sangkaan saya meleset. Jangat kata anak-anak yang suka, malah wife sendiri pun nampak sangat berselera dengan menu Pa-Jeon dan juga Spicy Ramyeon dari restoran Korea ni. Memang sedap.
Si kecil pulak, asyik dengan makan nasi korea dan sup, memang menambah sampai kenyang. Biasanya kalau makan sepinggan dia sudah berhenti. Tapi kali ni, selera dia bertambah. Berbaloi kali ini singgah untuk rasa menu Korea di Restoran DubuYo.
Kalau nak tahu apa lagi senarai menu makanan paling sedap di DubuYo Malaysia, layari laman web rasmi mereka. Ada puluhan jenis menu makanan Halal Korean yang sedap boleh anda cuba di restoran DubuYo.
Jika tidak dapat nak ke lokasi restoran berdekatan, ada cara lebih mudah. Musim sekarang, order sahaja tempahan anda secara online dan guna khidmat delivery, lebih mudah.
Layari laman web DubuYo Malaysia.