Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Nasi Ayam Warisan Kota Damansara

Lokasi Gerai Nasi Ayam yang terkenal di Kota Damansara ni sebenarnya dah lama kami singgah dan makan saban minggu. Namun, terlupa pula kami nak kongsi tentang kehebatan menu asli masakan Melayu ini untuk pembaca blog ini. Kali ini, kami kongsikan Food Review Nasi Ayam Warisan Kota Damansara, menu makan tengahari terbaik untuk kaki makan.

Gerai ini dah bertapak di tapak ini sejak puluhan tahun dan ia masih lagi kekal di sini menyediakan menu signature mereka kepada pelanggan tetap mereka. Paling mencuri tumpuan, nasi ayam roasted dan nasi ayam stim yang menjadi pilihan ramai warga kota sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Baca : Nasi Berlauk Sedap Di Kuala Lumpur

Nasi Ayam Warisan Kota Damansara

 


Food Review Nasi Ayam Warisan Kota Damansara

Nasi Ayam Warisan Kota Damansara
 

Gerai ini dibuka seawal jam 10.30am dan biasanya ditutup sekitar jam 6.00pm. Kalau ayam habis awal, maka pastinya mereka akan tutup gerai ini lebih awal. Jadi, kalau anda nak rasa resipi Nasi Ayam yang sedap ini, sila datang awal sebelum waktu makan tengahari supaya anda tidak melepas untuk cuba sendiri menu masakan Melayu ini.

Dengan menggunakan Slogan, ‘Resipi Kasih Sayang’, menu utama di sini ialah Nasi Ayam Roasted RM7.00, Nasi Ayam Steam RM7.00 Nasi Ayam Double RM13.00, Nasi Ayam Special RM15.00 dan juga Sup Kaki Ayam RM5.

Untuk saya, Nasi Ayam Roasted lebih kena dengan citarasa saya kerana ayam yang dimasak dan agak garing. Rasa lebih menyerlah dengan kuah kicap dan cili yang dihidangkan. Memang terangkat kata orang. Rasa asli Melayu, sangat sedap.
 

Nasi Ayam Warisan Kota Damansara

Nasi Ayam Warisan Kota Damansara

Nasi Ayam Warisan Kota Damansara
 

Seingat saya, waktu pertama kali mencuba Nasi Ayam Warisan KD ini beberapa tahun yang lalu, ia hanya RM5.00 sahaja. Namun, ekorang kenaikan bahan mentah dan inflasi mungkin memaksa peniaga menaikkan harga makanan seiring dengan kos operasi.

Namun, secara peribadi, RM7.00 bagi sepinggan nasi ayam ini cukup-cukup berbaloi untuk anda cuba.

Andai anda nak rasa sesuatu yang lebih authentic, cuba lah Sup Kaki Ayam yang dihidangkan di sini. Memang rasa nya berbaloi untuk anda cuba. Kaki Ayam yang di rebus dan dimasak empuk menjadikan ia sangat lembut di dalam mulut anda. Kata orang, bahagian ini mempunyai kolagen asli untuk awet muda. Betul ke?

Untuk mereka yang pertama kali ke sini, cari lokasi gerai ini di Google Maps atau tuj ke alamat 21, 17, Jalan Cecawi 6/19a, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.