Site icon Travel Blogger Malaysia

Food Review Nasi Kahwin Hari Hari Bukit Bintang KL

Nasi Kahwin Hari Hari? Saya percaya ramai yang rindu nak makan Nasi Minyak atau Nasi Kenduri Orang Kahwin kan? Musim PKP, PKPB dan PKPP ni tak banyak majlis orang kahwin hidang menu makanan kenduri seperti dulu-dulu. Kalau teringin jugak nak makan, boleh cuba singgah di satu lokasi Viral di Kuala Lumpur. Kali ini, saya nak kongsi pengalaman, Food Review Nasi Kahwin Hari Hari Bukit Bintang KL.

Agak lama dah dengar lokasi tempat makanan viral terkini di Kuala Lumpur ni sejak ia kembali dibuka sekitar bulan Julai 2020 selepas PKPP, namun baru dapat singgah ke sini. Kalau memandu kereta, agak susah nak cari lokasi parkir, tetapi kalau guna LRT, MRT atau motorsikal, senang sahaja. Paling mudah, guna ja Google Maps untuk carian.

Baca : Gerai Cendol Durian Popular di Kuala Lumpur

 


Food Review Nasi Kahwin Hari Hari Bukit Bintang KL

Food-Review-Nasi-Kahwin-Hari-Hari-Bukit-Bintang KL-02


 

Pertama kali singgah sini, lokasi gerai yang terletak di bahagian laluan lorong belakang, bangunan McDonalds Bukit Bintang. Gerai kecil sahaja, tetapi menyediakan lebih kurang empat menu utama seperti Ayam Madu Dua, Dading Masak Hitam, Ayam Rose Terangkat dan juga Kari Kambing.

Tidak lupa, ada juga pilihan Air Batu Campur (ABC) yang boleh tahan sedap katanya. Maaf, saya tak sempat test.

Waktu saya sampai, sekitar jam 12.30 tengahari. Mengejutkan, banyak lauk dalam periuk sudah hampir habis. Cepatnya. Yang tinggal hanya beberapa ketul Ayam Madu Dua. Tak apa lah, ini saja rezeki untuk hari itu.

Memang patut menu ini jadi viral. Ayam Madu Dua ini tidak la besar mana, tetapi kombinasi cara masakan, rempah rahsia, nasi dan dalca membuatkan ia antara menu Street Food Paling Sedap di Kuala Lumpur. Saya kagum dengan rasa asli masakan melayu ini.

Sepinggan Nasi Kahwin Hari Hari berharga sekitar RM8 sahaja dengan Air Sirap Percuma Free Flow. Meja makan agak terhad, tetapi cukup untuk sekitar 30 orang dalam satu-satu masa. Jadi, tips untuk ke sini, kena datang awal dan jangan pergi ramai-ramai, nanti susah nak cari meja.

Banyak yang beli makanan di Nasi Kahwin ini adalah mereka yang beli secara Take-away atau Bungkus. Berdasarkan pemakaian mereka, mungkin mereka yang bekerja sekita Bukit Bintang dan pusat bandar Kuala Lumpur untuk menu makan tengahari.

Mungkin sebab senang. Buat tempahan order lebih awal dan kemudian datang ambik, bawa makan di pejabat atau di rumah.
 

Video Pendek Review Nasi Kahwin Hari hari Bukit Bintang Kuala Lumpur


 

Untuk informasi, Gerai Nasi Kahwin Hari Hari Bukit Bintang ni adalah salah satu dari cabang dari pemilik Little Rara Kuala Lumpur. Sebelum ni pun, menu di Liltle Rara Kuala Lumpur memang dah famous dengan menu makanan Thailand mereka. InsyaAllah, saya nak cuba pulak buat review kat Restoran Liltle Rara KL.
 

Gerai Makan nasi Kahwin Hari Hari Bukit Bintang KL ini dibuka dari hari Isnin hingga jam Sabtu, bermula seawal jam 11.30 pagi hingga jam 3.30 petang. Hari Ahad tutup.

Untuk memudahkan anda, cari gerai ini di lokasi alamat Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Exit mobile version