Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Nasi Kandar Di NLRK Ayer 8 Putrajaya

Kami ambil kesempatan atas kelonggaran rentas daerah baru-baru ini untuk mencuba Food Review Nasi Kandar Di NLRK Ayer 8 Putrajaya. Sebab sudah lama terperap di Kuala Lumpur, kami melangkah jauh sedikit untuk mencari menu-menu makanan yang sedap sekitar Putrajaya. Destinasi pertama kami, kami ingin cuba sekali lagi makanan popular di Restoran Nasi Lemak Royale Kedah atau NLRK Putrajaya.

Kami memilih untuk makan tengahari lewat sedikit, sekitar jam 3.00 petang untuk mencuba menu Nasi Kandar yang dikatakan sedap di restoran nasi lemak ini. NLRK antara restoran yang semakin popular di Malaysia dan punyai pembagai pilihan menu authentic orang Malaysia.

Baca : Makan Tengahari di Restoran Nasi Lan Kedah Putrajaya

Nasi Kandar Di NLRK

 


Food Review Nasi Kandar Di NLRK Ayer 8 Putrajaya

nasi lemak royale kedah

nasi lemak royale kedah

nasi lemak royale kedah

nasi lemak royale kedah
 

Memandangkan kami datang sekeluarga, kami nak cuba seberapa banyak menu yang ada. Jadi, untuk permulaan, kami pilih untuk makan Nasi Kandar Ayam Goreng, Nasi Kandar Kari Kambing dan Nasi Kandar Telur Sotong. Tambahan lain, kami cuba sayur dan juga telur masin sebagai tambahan.

Air, kami order Teh O Ais 2 gelas, Limau Suam segelas dan 2 Ais Kosong.

Mengujakan juga untuk rasa nasi kandar di Nasi Lemak Royale Kedah Putrajaya ini. Ia mempunyai rasa yang setanding dengan Nasi Kandar lain yang popular seperti di Pulau Pinang. Campuran kuah kari ayam, kari daging, kari kambing, kari sotong, kari ikan dan satu lagi kuah (sudah lupa) memang sangat berbaloi.

Lebih berbaloi, untuk harga seketul Ayam Goreng hanya RM4.50 sahaja. Wow!!! Untuk harga restoran seperti ini, ia sangat murah.

Food Review Nasi Kandar Di NLRK Ayer 8 Putrajaya

nasi lemak royale kedah
Nasi Kandar Telur Sotong
nasi lemak royale kedah
Nasi Kandar Ayam Goreng
nasi lemak royale kedah
Nasi Kandar Kambing

nasi lemak royale kedah
Nasi Kandar Ayam Goreng

 

Harga menu lain termasuk harga seketul ikan cuma RM5.00, harga telur ikan RM6.00, harga udang bermula dengan RM7.00, harga sotong bermula dengan RM6.00 dan banyak lagi.

Puas hati makan kat sini, untuk 5 orang makan termasuk dengan air, kami hanya membayar RM47.00++ sahaja. Sangat berbaloi dan semestinya kalau ke Putrajaya, Restoran Nasi Lemak Royale Kedah ini antara pilihan utama kami.

InsyaAllah, ada masa terluang, kami akan ke Putrajaya sekali lagi untuk mencuba cari menu makanan sedao dan berbaloi untuk di cuba. Pasti ada banyak lagi destinasi makanan sedap dan terkenal di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.