Food Review Nasi Kandar Saddam Segambut Kuala Lumpur
|Kaki makan memang cari Nasi Kandar sedap di Kuala Lumpur. Sebab, di pusat bandar ini ada banyak restoran Nasi Kandar popular menawarkan menu terbaik mereka untuk pencinta makanan. Untuk mereka yang cari Nasi Kandar, ini perkongsian saya tentang Food Review Nasi Kandar Saddam Segambut Kuala Lumpur. Menu yang saya cuba untuk kali ini, Nasi Kandar Ayam Goreng dan Telur Rebus Kuah Campur.
Lokasi Kedai Nasi Kandar Saddam di Segambut ini tak jauh dari kesibukkan kota. Gerai kecil bersebelahan pagar kilang ini sudah lama terkenal untuk kaki makan. Menyediakan menu masakan India Muslim, paling terkenal dengan menu mereka Nasi Kandar Ayam Goreng. Menu lain juga ada, tetapi nasi kandar Saddam memang menjadi pilihan ramai.
Baca : Nasi Kandar Di Nasi Lan Kedah Putrajaya
Food Review Nasi Kandar Saddam Segambut Kuala Lumpur
Kali ini saya cuba untuk makan malam dengan nasi kandar. Sebabkan sudah lama tidak ke sini, saya tunggang motorsikal dan singgah untuk bungkus 2 nasi kandar untuk kami kongsi. Wife dan anak-anak bukan peminat nasi kandar, jadi cukup lah beli 2 bungkus untk kami sama-sama kongsi.
Waktu tengahari, gerai nasi kandar ini sibuk dengan pelanggan dan mereka yang singgah untuk bungkus nasi kandar. Disebabkan kawasan ruangan meja makan yang agak terhad dan sempit, jika anda seorang yang tidak tahan panas, mahu lebih selesa, bungkus menjadi pilihan. Namun, untuk peminat nasi kandar asli, pasti makan di Gerai, lebih terbaik.
Pilihan lauk di sini boleh dikatakan tidaklah sebanyak kedai Mamak lain. Namun lauk asas seperti ayam goreng, ayam kicap, daging, telur, sayur ada dijual di sini. Mungkin sebab ruang yang sempit, pemilik gerai terpaksa hadkan hidangan lak. Namun, di restoran Nasi Kandar Saddam Jalan Tuanku Abdul Rahman, katanya ada banyak lauk pauk.
Untuk rasa, saya tidak dapat berikan gambaran yang penuh. Nak kata sedap sangat tidak juga. Biasa-biasa sahaja. Mungkinkah sebab saya pun bukan peminat nasi kandar? Namun, ramai kawan-kawan kata, nasi kandar di sini sedap.
Yang saya pasti, harga nasi kandar biasa dengan lauk ayam goreng tanpa sayur cuma RM6.50 sahaja sebungkus. Murah kan?
Nanti, kalau anda ke sini, boleh cuba dan komen review anda dengan saya.