Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Otai Burger Malaysia Sokong Produk Malaysia

Rakyat Malaysia ni sejak dulu lagi memang jenis suka makan. Kalau tidak, masakan kita di sini ada lebih dari jutaan menu tradisional dan moden yang jadi menu pilihan kita semua saban hari. Dalam banyak-banyak menu popular, paling mudah untuk alas perut ialah Burger. Mari kita kongsi, Food Review Otai Burger Malaysia Sokong Produk Malaysia.

Menyokong produk tempatan, khususnya produk anak Malaysia yang memang sudah sinonim dengan pemakanan orang Malaysia sejak ia memasuki selera orang Malaya dahulu kala. Burger McDonalds, pertama kali memasuki Malaysia pada tahun 1982, dan sejak itu inovasi makanan fast food ini semakin popular.

food review otai burger malaysia

Baca : Burger Yang Paling Sedap Di AirAsia Malaysia

 


Food Review Otai Burger Malaysia Sokong Produk Malaysia

food-review-otai-burger-malaysia-01
 

Semalam, singgah kejap di supermarket untuk beli barangan dapur. Terpandang brader-brader di gerai Otai Burger sebelah sedang berniaga. Nampak memang menarik, memang kembalikan nostalgia resipi burger kaki lima tahun 1990an.

Francais Otai Burger Malaysia ini antara francais burger yang agak popular di Malaysia. Hampir keseluruhan team dan pekerja mereka adalah anak Malaysia dan mereka yang minat berniaga.

Musim PKP seperti ini, kalau kita mampu, sokong mereka dengan membeli produk makanan yang dijual di sini sebagai satu usaha kita menjana pergerakan ekonomi setempat.

Menu biasa yang ada di Otai Burger semestinta Burger Ayam, Burger Daging dan burger premium Wagyu Burger.

Saya beli 3 burger ayam dan 3 burger daging, setiap satu cuma RM3.50 sahaja. Untuk menu fast food, ia harga mampu milik dan ia berbaloi dengan hidangan yang disediakan.

Nak cari gerai Otai Burger ni senang sahaja. Selalu ia terletak berdekatan dengan kedai Serbaneka 24 jam atau Mini market berhampiran dengan kawasan perindustrian atau perumahan anda.
 

gerai-otai-burger

Harga-otai-burger-malaysia-01

Kredit Gambar : Otai Facebook

Untuk rasa, ia tidak mengecewakan. Memang ada kombinasi rasa ayam atau daging, tambahan sos dan mayonis serta sayur yang melengkapkan asas makanan fast food ini. Kalau nak rasa lebih sedap, mintak Burger Special yang biasanya akan disalut dengan telur dan juga tambahan sos istimewa.

Kalau zaman 1990-an, kita tidak ada banyak pilihan untuk menikmati menu burger. Hanay di bandar atau pekan besar sahaja, burger mula dijual di kaki lima untuk memenuhi permintaan pelanggan kerana tidak ada semua lokasi ada mempunyai restoran besar menjual burger.

Seingat saya, pernah membeli Burger dengan harga RM0.50 ketika awal 1990an ketika di kampung, Pasir Puteh Kelantan.

Meningkat remaja, ia naik kepada RM1 untuk sebungkus burger, lengkap dengan sos mayonis dan juga sayur.

Kini, rata-rata burger kaki lima dijual dengan harga RM3.50 dan untuk menu special dengan harga RM5.00. Kalau ada jumpa yang murah, mesti lagi best kan???

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.