Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Restoran Dapur Sarawak Jalan Pahang KL

Menu makanan popular negeri Sarawak sudah ada banyak dijual di Kuala Lumpur. Antara restoran yang popular dan menjadi pilihan ramai kaki makan dan rakyat Sarawak ialah menu Mee Kolok dan Laksa Sarawak di sebuah restoran berdekatan dengan Hospital Tawakkal. Ini adalah cerita tentang Food Review Restoran Dapur Sarawak Jalan Pahang Kuala Lumpur.

Senang cerita, samama anda orang Sarawak atau mereka yang nak cuba menu popular orang Sarawak, Restoran Dapur Sarawak ini adalah tempat paling sesuai untuk anda singgah. Boleh dikatakan, hampir kebanyakkan menu popular orang Sarawak, ada di jual di sini, termasuk Kek Lapis Sarawak.

Baca : Pengalaman Bercuti di Sarawak, Negeri Kenyalang.



Food Review Restoran Dapur Sarawak Jalan Pahang KL

Food-Review-Dapur-Sarawak-Japan-Pahang
 

Pertama kali singgah sini, mestilah nak cuba menu makanan, resipi popular orang Sarawak. Jadi, untuk kali pertama, saya order Mee Kolok Special saiz kecil. Harga cuma RM9.50 dengan hidangan lauk Ayam, Daging dan juga Udang. Kalau hidangan Mee Kolok Kosong biasa, hanya ada mee dan kuah sahaja, harga cuma RM4.50.

Memang patutlah ramai yang datang makan kat sini, menu Mee Kolok Special dia memang berbaloi. Sangat-sangat sedap. Kuah mee yang dihidangkan memang sangat sedap.

Kali kedua, saya singgah untuk bawa family cuba sendiri menu di sini. Kali ini, kami cuba Mee Kolok, Laksa Sarawak dan juga Kuey Teow Kantonis.

Harga Laksa Sarawak RM8.00 saiz kecil dan Kuey Teaw Kantonis cuma RM9.00. Nak cerita lebih pun tak guna, boleh ke sana sendiri. Sangat-sangat sedap.
 

Food-Review-Dapur-Sarawak-Japan-Pahang-01

Food-Review-Dapur-Sarawak-Japan-Pahang-02
Laksa Sarawak Yang Sedap
Food-Review-Dapur-Sarawak-Japan-Pahang-03
Mee Kolok Dapur Sarawak

Food-Review-Dapur-Sarawak-Japan-Pahang-05

Untuk informasi, restoran terkenal yang menghidangkan menu popular dan sedap dari Sarawak ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi dan ditutup pada jam 10.30 malam.

Facebook Restoran Dapur Sarawak

Untuk lebih mudah layari laman Facebook mereka atau ke alamat No.19, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi mereka di talian 03-4031 7987.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.