Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Restoran Mak Uda TTDI Jaya Shah Alam

Minggu lepas, saya sempat singgah lokasi berhampiran kawasan banjir yang melanda pada 18 Disember 2021 di Shah Alam. Kebetulan seawal pagi lagi singgah sini untuk menghulurkan sedikit bantuan. Selepas selesai, saya singgah untuk sarapan pagi di sebuah restoran terkenal di kawasan TTDI Jaya. Peluang kali ini, saya nak cuba menu Nasi Kerabu dan inilah Food Review Restoran Mak Uda TTDI Jaya Shah Alam Selangor.

Terletak ditepi laluan Sungai Damansara yang menjadi salah satu penyebab air banjir melimpah, tetapi kawasan ini terselamat dari ancaman banjir kali ini. Restoran yang terletak di corner lot ini menjadi lokasi makan popular penduduk Shah Alam seawal pagi lagi. Terutamanya untuk menu sarapan pagi, ada pelbagai menu menarik untuk anda cuba, menu asli dari negeri Terengganu Darul Iman.

Baca : Makanan Popular Orang Terengganu Darul Iman

Food Review Restoran Mak Uda TTDI Jaya

 


Food Review Restoran Mak Uda TTDI Jaya Shah Alam

Restoran Mak Udo TTDI Jaya

Restoran Mak Udo TTDI Jaya
 

Khabarnya restoran ini akan dipenuhi dengan pelanggan sejak awal pagi lagi. Paling terkenal menu di sini ialah Nasi Kerabu, Nasi Dagang Terengganu, Nasi Berlauk dan banyak lagi nasi campur yang boleh anda cuba termasuk Nasi Lemak dan juga Roti Canai Melayu. Pasti akan ada menu di sini menjadi pilihan anda kerana ia antara menu-menu sedap dan popular di TTDI Jaya.

Saya sendiri, memilih untuk mencuba Nasi Kerabu. Warna nasi yang membiru sudah cukup untuk menaikkan selera saya apabila sampai di restoran ini. Lauk pauk yang dihidangkan ada pelbagai jenis, dari lauk Gulai Ayam, Daging Bakar, Daging Goreng, Gulai Ikan, Paru, Telur dan banyak lagi yang menggiurkan.

Pilihan kombinasi saya, Nasi Kerabu dengan Daging Goreng. Terhidang diatas pinggan sudah membuatkan saya semakin lapar. Menu di Restoran Mak Uda TTDI Jaya ini memang terbaik dengan pilihan banyak menu asli dari negeri Terengganu.
 

Restoran Mak Udo TTDI Jaya
Nasi Kerabu
Restoran Mak Udo TTDI Jaya
Nasi Minyak
Restoran Mak Udo TTDI Jaya
Nasi Dagang
Restoran Mak Udo TTDI Jaya
Gulai Ikan

Restoran Mak Udo TTDI Jaya
 

Tak menyesal saya dengan rasa daging goreng di sini. Memang terbaik. Rasa nasi kerabu yang serasi dengan campuran kerabu, kuah, serbuk ikan dan juga tambahan budu memang menyelerakan. Berbaloi untuk saya memandu sejauh ini dan dapat mencuba Nasi Kerabu di restoran Mak Uda Shah Alam ini.

Untuk pilihan lain yang popular di sini, anda boleh mencuba Roti Canai Melayu, Nasi Dagang dan juga Nasi Berlauk. Tidak lupa, ada menu Laksam, Kuih Muih dan juga bebarapa menu lain termasuk Keropok Goreng Asli Terengganu.

Untuk rasa asli masakan Melayu, saya pasti akan ke sini lagi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.