Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Restoran Nuri Seafood Kampung Baru Kuala Lumpur

Ramai yang tinggal di Kala Lumpur tahu bahawa Kampung Baru adalah lokasi terbaik untuk kaki makan. Kami sendiri, kalau malas nak masak, di sini lah tempat kami tuju. Hampir semua jenis menu terbaik setiap negeri di Malaysia, ada dijual di sini. Kali ini, kami nak kongsi Food Review Restoran Nuri Seafood Kampung Baru Kuala Lumpur.

Sudah beberapa kali kami ke sini. Semata-mata nak makan makanan Thailand Muslim. Restoran Thai Seafood yang terletak di Jalan Raja Uda Kampung Baru. Tak jauh dari Pintu Gerbang dan Masjid Kampung Baru. Ruang parkir agak terhad, tetapi masih boleh untuk pelanggan letakkan kereta berdekatan untuk makan di sini.

Baca : Restoran Nasi Lemak Popular Kampung Baru

Restoran Nuri Seafood Kampung Baru

 


Food Review Restoran Nuri Seafood Kampung Baru Kuala Lumpur

Food Review Restoran Nuri Seafood Kampung Baru
 

Untuk kaki makan, kalau nak cuba menu di sini, saya cadangkan untuk singgah makan menu makan malam. Sebaiknya sekitar jam 6.00 – 8.00 malam. Menikmati menu makan malam dengan menu makanan Thailand Muslim pasti akan memberikan kepuasan sekeluarga. Orang Melayu seperti kita, pasti lebih kenyang bila dapat makan nasi, kan?
 

 
Tambah pula dengan tambahan lauk seperti Ikan Siakap Tiga Rasa, Tomyam Campur, Ayam Goreng Kunyit, Telur Dadar, Kailan Ikan Masin, Sambal dan macam-macam lagi pilihan menu lain.
 

Food Review Restoran Nuri Seafood Kampung Baru

Food Review Restoran Nuri Seafood Kampung Baru

Food Review Restoran Nuri Seafood Kampung Baru

Food Review Restoran Nuri Seafood Kampung Baru

Food Review Restoran Nuri Seafood Kampung Baru

Food Review Restoran Nuri Seafood Kampung Baru

Food Review Restoran Nuri Seafood Kampung Baru

Food Review Restoran Nuri Seafood Kampung Baru
 

Ini antara menu popular yang kami order, jika kami singgah di mana-mana kedai makanan Thai Seafood. Dan, kalau anda perasan, kebanyakkan restoran Thai Seafood, akan menyediakan hidangan ini dengan cara yang hampir sama, menggunakan trademark pinggan, mangkuk yang hampir sama.

Dari segi rasa, juga tak jauh beza dengan restoran lain. Mungkin hanya ada satu atau dua menu yang di masak, lebih sedap sedikit berbanding menu-menu lain. Tetapi secara keseluruhan, rasa kebanyakkan Seafood agak seimbang.
 

Food Review Restoran Nuri Seafood Kampung Baru
 

Untuk kami sekeluarga, kalau nak merasa menu Thai Seafood, boleh la singgah di Restoran Nuri Seafood Kampung Baru ini. Lokasi dekat dengan kami, restoran yang agak selesa, servis yang cepat, rasa yang boleh diterima dan harga yang agak berbaloi.

Kalau anda ada masa, singgah dan cuba menu-menu disini. InysaAllah puas hati.

Nota Kaki : Ini Bukan Entry Food Review Berbayar

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.