Food Review Top 5 Halal Spicy Ramen Korea Pilihan Saya
|Ketika pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Korea, saya tak tahu pun di sini terkenal dengan Ramen. Maklumlah, masa itu tahun 2011, tak banyak menu Halal Ramen yang ada di Seoul. Kini, setelah beberapa tahun, ada puluhan menu Ramen Halal dan terkenal dijual di Malaysia. Ini adalah Food Review Top 5 Halal Spicy Ramen Korea Pilihan Saya.
Kalau sebelum ini, Korea terkenal dengan makanan Kimchi, sejenis jeruk kobis dengan cili. Banyak kali saya cuba memang tak boleh nak masuk dengan tekak saya. Mungkin saya bukan jenis yang suka makan makanan yang lembik. Lebih kepada makanan bergoreng. Tetapi bila cuba menu Ramen Noodles, ya, ia memang sedap. Ramai yang akan kata sedap.
Baca : Pengalaman Makan Ramen Pedas
Food Review Top 5 Halal Spicy Ramen Korea Pilihan Saya
Dalam banyak-banyak halal spicy ramen yang pernah saya cuba, menu Samyang 2X Spicy ini antara yang terbaik. Ya, ia memang sangat pedas bagi saya, tetapi, sekali cuba, rasa macam nak cuba lagi. Rasa dia unik, tambahan pula, kalau dapat ditambah dengan daging lembut, ia memang sangat terbaik.
Baru sahaja dapat kenal menu ni tahun 2019. Sebelum ni cuba perisa Ramen Spicy Biasa.
Baca : Food Review MrJocko Rasa Pelbagai Menu Sedap
Menu yang ini juga boleh tahan, Samyang Carbo berwarna Pink. Ia mempunyai Perisa Ayam Pedas (Hot Chicken Flavour). Tapi, setakat ini baru sekali sahaja cuba. Itu pun kongsi dengan my kids. Katanya dia beli di Shopping Mall Publika. Macam jarang jer jumpa di kedai lain. Ada nampak tak di AEON???
Yang ini, antara ramen yang susah sikit nak jumpa. Ia keluaran Nongshim. Perisa Shin Ramyum Noodle Soup Spicy Gourmet. Pun baru sekali sahaja cuba, masa tu beli ketika di Seoul. Rasa sedap mungkin sebab dah lama tak makan masakan Malaysia kot? Boleh la try, sebab ada Chop Halal Ulama Indonesia.
Kalau nak rasa kelainan, boleh cuba Samyang Hot Chicken Flavor Cheese ini yang berwarna kuning. Rasa lain sikit, tapi still ada rasa pedas. Kalau anda bukan peminat cheese, mungkin tak akan minat rasa noodles ini.
Bungkusan yang ini paling legend bagi saya. Sebab, perisa ini adalah perisa Ramen Korea yang pertama kami cuba. Masa tu harga untuk satu paket RM5. Kalau beli 5pcs Peket, dapat dalam RM22++. Mula rasa dulu, dah rasa pedas. Tapi sekarang ini, kalau dapat yang 2X Spicy lagi rasa puas.
Tak kira la samada anda peminat ramen atau tidak, rasanya kalau ada yang sebelum ini dah biasa dengan produk Maggi atau Mamee, menu Ramen dari Korean ini pasti akan mencuri citarasa korang. Mungkin sebab ia agak pedas, kalau nak cuba makan, pandai-pandai la kurangkan rasa pedas yang ada dalam mee tersebut.
Nak cari Halal Ramen Korea yang sedap boleh tengok pelbagai menu di laman web Ramen Samyang Korea.