Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Wan Suraya Nasi Kukus Kampung Baru

Syurga makanan di Kuala Lumpur terletak di Kampung Baru. Dari hujung Jalan TAR, hingga ke Jalan Tun Razak, kawasan ini penuh dengan deretan Hotel, Cafe, Restoran, Gerai, malah peniaga Kaki Lima yang menyajikan menu makanan untuk semua golongan warga Kuala Lumpur. Untuk kali ini, kami nak kongsi satu lagi restoran popular di Kuala Lumpur, kami cuba Food Review Wan Suraya Nasi Kukus Kampung Baru Kuala Lumpur.

Restoran ini terletak di sebelah sahaja dengan Masjid Kampung Baru, salah satu ikon dan mercu tanda Kuala Lumpur sejak berzaman. Hanya di tepi jalan besar, restoran Wan Suraya ini menyediakan pelbagai menu makanan tradisi, terutamanya menu makanan dari Kelantan. Paling mencuri tumpuan ialah menu Nasi Kukus dan Nasi Berlauk Kelantan.

Baca : Makan Roti Canai Di Kampung Baru

Food Review Wan Suraya Nasi Kukus

 


Food Review Wan Suraya Nasi Kukus Kampung Baru


 

Ini bukan pertama kali kami singgah di sini. Memang dah banyak kali, cuma kami tidak berkesempatan untuk berkongsi. Kali ini, kami kongsikan sedikit sahaja teaser tentang menu yang kami cuba sebagai pengenalan kepada restoran popular ini.

Kami tak order banyak kali ini, cuma mencuba nasi berlauk, akok, pulut ikan masin dan juga jus mangga yang popular di sini. Yang pasti, rasa menu-menu ini masih lagi sama dan memang berbaloi untuk anda cuba.
 


 

Waktu terbaik untuk makan di sini, jika anda datang dengan kumpulan sekeluarga atau kawan-kawan ialah sebelum jam 7.00 malam. Masa ini, masih lagi tak ramai. Namun, jika anda ke sini ketika waktu puncak, pasti akan ada masalah untuk mendapatkan meja atau menunggu giliran untuk makan di sini. Melainkan, anda becadang untuk take away ataupun datang berseorangan.
 


 

Masih ada banyak lagi menu lain yang boleh anda cuba kalau ke Wan Suraya Nasi Kukus. Rojak Buah, Menu makanan seperti sup, nasi kerabu, pulut mangga, dan banyak lagi. Semua menu ini, menu mesti cuba kalau singgah di sini.

Next time, kami singgah kami akan kongsi lagi…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.